Radas Coret Bernadi Megah

PERTEMBUNGAN GEMERENCANG ANTARA BENTLEY DAN GRAF VON FABER-CASTELL ADALAH ASAS ASIMILASI DUA BENUA DALAM MELAHIRKAN INSTRUMEN PENULISAN, MENYERLAHKAN ESEN KEMEWAHAN SERTA IDENTITI DUA JENAMA GERGASI

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Himpunan Graf von FaberCastell for Bentley adalah yang paling gilanggemilang buat jenama asal Jerman tersebut, lantaran buat julung kalinya FaberCastell bergabung tenaga bersama sebuah syarikat dari United Kingdom. Jurang muka bumi dan orientasi produk bukanlah satu halangan buat dua pihak ini dalam mencipta sebuah fenomena seperti yang dilontarkan oleh Count Charles von Faber- Castell. “Bentley dan Graf von Faber- Castell berkongsi pelbagai padanan ittifak. Dari tradisi penghasilan desain yang unik, elegan, individual serta kualiti yang luhur.”

Barisan ini mempersembahkan tiga ga variasi alatan tulis seperti perti pen fountain, pen rollerball dan pen ballpoint yang turut dilengkapi bersama aksesori sedondon. Seni reka koleksi tersebut diberi suntikan identiti asli Bentley dengan logo ikonik ‘B’ pada bahagian atas penutup pen serta teknik ukiran guilloche bermotif berlian pada barrel memberi pancaran yang eksklusif serta bernada mewah. Tiga daripada spektrum warna istimewa dibawa masuk ke dalam susuk barisan instrumen karyawan ini menerusi kilauan Sequin Blue, Tungsten juga White Satin, menghiasi aneka pena bersadur material platinum tersebut. Kemegahannya dilanjutkan lagi dengan case kulit tulen disempurnakan dengan jahitan tangan serupa berbanding interior kereta keluaran Bentley.

Dari kehebatan supercars kepada garapan peralatan tulis yang kompleks, rentak dua dunia ini bertaut mencitra satu nada luar biasa. “Menggabungkan produk lain seiring DNA Bentley bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi kami telah berjaya mencipta koleksi Graf von FaberCastell for Bentley dengan jayanya,” jelas Chris Cooke, Ketua Reka bentuk Produk di Bentley. Himpunan terbaru Graf von Faber- Castell for Bentley boleh diperoleh pada harga pasaran dari RM1,288 hingga RM2,088 di butik Graf von Faber- Castell, gedung spesialis serta outlet pengedar Bentley terpilih.

“DARI KEHEBATAN SUPERCARS KE GARAPAN PERALATAN TULIS YANG KOMPLEKS, RENTAK DUA DUNIA INI BERTAUT MENCITRA SATU NADA LUAR BIASA”

CHRIS COOKE, KETUA REKA BENTUK PRODUK – BENTLEY MOTORS, BERSAMA COUNT CHARLES VON FABER-CASTELL, KETUA PREMIUM GRAF VON FABER-CASTELL, DI HADAPAN KASTIL FABER-CASTELL DI STEIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.