SERLAHKAN BAKAT KREATIF

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS GAJET -

Dua aplikasi video pendek terhangat dunia, musical.ly dan TikTok, mengumumkan gabungan keduanya sebagai sebuah aplikasi global yang baru. Aplikasi yang dinaiktaraf, mengekalkan nama TikTok, disasarkan untuk mencipta pengalaman pengguna yang bersepadu selain pengenalan logo dan antara muka pengguna yang baru, serta menawarkan keupayaan pencipta video yang lebih meluas. Dengan menggabungkan ciriciri terbaik dari TikTok dan musical.ly, TikTok kini menjadi pilihan nombor satu dunia untuk tujuan penghasilan dan tontonan kandungan video pendek. Aplikasi ini juga memperkenalkan ciri- ciri baru termasuk: membolehkan pengguna memberikan reaksi terhadap video rakanrakan terus dari telefon dipertingkatkan seperti penapis isyarat interaktif yang meliputi seluruh badan menyahkuncikan fungsi-fungsi seperti efek kamera cermin “karnival” (VR) yang boleh diaktifkan dengan hanya mengelipkan mata

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.