Dunia Baru Coklat

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS GAYA HIDUP -

Harriston sekali lagi melakar inovasi serta keberaniannya dalam industri coklat. Harriston dengan kolaborasi Barry Callebaut, syarikat pengeluar coklat terkemuka di dunia melancarkan produk coklat yang terbaru di Asia Tenggara iaitu coklat ruby. Ruby merupakan jenis coklat keempat di dunia selepas coklat pahit, coklat susu dan coklat putih. Direka khas bersesuaian dengan citarasa tempatan dan selaras dengan keperluan generasi milenium yang sentiasa berubah-ubah. Dihasilkan daripada kekacang koko tanpa sebarang perisa atau pewarna tambahan, coklat ini dikatakan menyimpan bakanya yang tersendiri lantaran memberikan rasa letupan buah beri, berbeza berbanding coklat lain. Coklat ruby Harriston didatangkan dalam tiga bentuk bar, jalur nipis dan bar rangup bersalut kelapa. Bagi bentuk bar, coklat ruby Harriston bakal dipasarkan di pasar raya terpilih, termasuklah pasar raya besar sebaris dengan produk sub-jenama Harriston Artisan. Sementara bagi bentuk lain seperti jalur nipis dan bar rangup bersalut kelapa, coklat ruby Harriston boleh didapati di kedai-kedai Harriston secara eksklusif sebaris dengan sub-jenama Harriston Signature.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.