FESTIVAL #REIMAGINEKL

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS GAYA HIDUP -

Urbanscapes 2018, festival seni kreatif paling lama dirantau ini, kembali bekerjasama dengan U Mobile untuk tahun kedua bagi membawakan kemeriahan berpesta di seluruh kotaraya Kuala Lumpur sepanjang tiga hujung minggu bermula dari 3 hingga 18 November

2018. Tema Urbanscapes tahun ini adalah #REIMAGINEKL, selari dengan asas festival ini iaitu menginspirasikan pembangunan komuniti, budaya dan karakter. Urbanscapes mahu para pengunjung menikmati kepelbagaian acara berasaskan kesenian, idea dan muzik yang berlatar belakangkan Kuala Lumpur. Sama ada ia diadakan di dalam bangunan-bangunan warisan, atau ruangruang awam yang dibangunkan semula. Semua aktiviti ini pasti mencetuskan interaksi dan perbualan serta membangkitkan penglibatan, dari Medan Pasar hingga ke Petaling Street. Untuk maklumat lanjut dan jadual lengkap sila layari urbanscapes.com.my dan untuk menempah tiket anda boleh dapatkan di laman web www.galactix.asia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.