12. KENALI FLESH IMP

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS FESYEN -

Label streetwear asal Singapura, Flesh Imp menyingkap sejarah baru setelah memperlihatkan jenama tersebut dipasarkan di seleksi butik Topman di Malaysia. Jenama yang diasaskan oleh Vincent Quek dan Nicholas Cho pada 2000, menyaksikan koleksi yang meraikan ulang tahun ke-18, di mana peningkatan dilakukan terhadap pemilihan fabrik, siluet, corak dan warna yang lebih matang. Koleksi ini menyerakkan sukma gaya jalanan, dipertembungkan atas satu pangsi yakni ‘athleisure’. Rangkaian Flesh Imp boleh didapati di butik Topman cawangan Mid Valley dan Sunway Pyramid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.