BINGKISAN

Kami mengalu-alukan pendapat serta e-mel anda. E-mel glam@ bluinc.com.my atau hantar kepada glam, BluInc media, lot 7, Jalan 13/4 Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Dan sertai glam malaysia di Facebook.

GLAM (Malaysia) - - Bingkisan - PEMENANG BULAN INI

Isu Paling Menarik Dengan wajah muka depan majalah GLAM yang begitu menarik, terus saya terpanggil untuk membelinya. Cantik sekali! Datin Wira Emilia Hanafi cukup menawan dengan solekan cantik daripada jurusolek kegemaran saya, Bong, dan kot jingga yang cukup memukau. Sekali pandang saya melihat wajah Datin Wira Emilia persis model barat, Jourdan Dunn. Tahniah juga buat sidang redaksi GLAM kerana memaparkan cover girl yang memberi inspirasi hebat buat wanita-wanita di luar seperti saya. Selain itu, saya juga bangga kerana GLAM jarang mengetengahkan wajah-wajah selebriti atau artis yang boleh saya anggap ianya boleh di baca pada majalahmajalah lain. Wajahwajah baru atau wanita berkuasa cukup menarik perhatian saya. Terima kasih dan teruskan memberi kami (iaitu para pembaca setia anda) akan input-input yang berguna dan bermanfaat kandungannya!

Dewi Sarah, Setia Alam GLAM serba lengkap Sering kali saya menanti apakah yang bakal diberi kejutan lagi oleh para sidang redaksi GLAM pada setiap bulan. Dan isu Julai ini masih belum berakhir episodnya di benak fikiran saya. Sehingga ke hari ini, tiada satu isu pun yang saya terlepas untuk memilikinya. Alhamdulillah, kesemuanya masih dijaga rapi dan saya tidak akan berhenti mengumpulnya! Dari meja fesyen, kecantikan hinggalah ke gaya hidup, cukup memberi saya inspirasi dan idea kala membeli. Isu kali ini sarat dengan informasi-informasi terkini, kisah-kisah di balik tabir juga kisah penulis mengembara ke negara orang. Begitu beruntung sekali dan ceritera sebegini yang membuatkan saya terus ingin membaca GLAM. MariamAziz, JohorBahru Buah mulut di laman sosial Isu Julai yang tidak tipikal, muncul dengan ideaidea segar daripada para penulis. Paling menjadi tarikan saya adalah dengan kehebatan lampiran fesyennya yang menjadi buah mulut ramai di laman sosial. Saya mula perasan akan kisah ini apabila melihat laman Instagram pereka tempatan yang memuat naik gambar GLAM isu Julai. Lantas saya terus membeli majalah ini pada hari yang sama. Kali ini, penulis memerangkap penata gaya mengadunkan koleksi jenama mewah antarabangsa bersama padanan koleksi raya pereka tempatan. Hasilnya? Wow! Sesuatu yang baru dan segar buat tatapan para pembaca lansung membuatkan saya ternanti-nanti saban kali isu baru muncul di pasaran dan ternyata jarang saya melihat lampiran fesyen begini di majalah-majalah lain. GLAM lakukan dengan jaya sekali. Cukup cantik! Jujur dari hati ini berkata-kata. Tahniah GLAM!

Alia Mysara, Kuantan

Dari Facebook

Hanif Sulhi

This is rad!

Noreen Najwa Zailan

Topnotch! Great piece tho. Nur Fazura Love the cover! She’s really

beautiful.

Cindy Low She looks a bit like Joan

Smalls!

TULISKAN PENDAPAT, KOMEN ATAU IDEA ANDA KEPADA KAMI. ANDA MUNGKIN PEMENANG BERTUAH. SURAT PEMENANG AKAN MENERIMA BARANGAN PENJAGAAN KULIT DARIPADA SOTHYS DARIPADA SOTHYS MULTI-ACTION EYE CONTOUR, ENERGIZING ROLL-ON DAN DARK CIRCLE ERASER BERNILAI RM832

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.