SEJENAK BERSAMA

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Aymeric Lacroix, Managing Director Swarovski Menerusi himpunan Winter Garden, berapa koleksi yang anda tampilkan? Di Swarovski, perkara paling utama adalah setiap koleksi dihasilkan secara konsisten. Setiap perinciannya sentiasa berbeza, malah sentiasa mengutamakan apa kemahuan wanita Swarovski. Penggunaan palet warna juga memainkan peranan yang penting dalam setiap musim. Jika musim panas 2015 koleksinya lebih ke arah warna bunga seperti merah jambu namun berbalik bagi musim ini ianya lebih dramatik. Trend musim ini? Bagi saya, bracelet dan gelang tangan. Gabungan antara dua ini membuatkan anda lebih kelihatan klasik dan sentiasa berada dalam trend aksesori. Malah, lebih mengagumkan jika ianya bersifat versatil kerana anda boleh memakainya mengikut cita rasa tersendiri dan adakalanya akan membuat anda tampil mempesona. Pilihan koleksi kegemaran anda? Saya pilih himpunan Delta! Rekaannya cukup minimalis dan klasik. Bentuk V ini membuatkan anda tampak konservatif dan yakin akan setiap persalinan yang anda pilih. Palet emas merah merupakan kegemaran saya bukan sahaja kelihatan feminine tetapi tampak begitu glamor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.