KENANGAN ABADI

Menampilkan garapan terbaru dengan himpunan Love Bridge. Thomas Sabo menjulang tinggi cinta dan persahabatan buat wanita yang menghargai teman-teman rapat mereka.

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

‘Make Memories Last’ adalah kata atau tunjang buat koleksi ini. Bertujuan untuk meraikan rasa cinta dan menghargai jalinan persahabatan yang dibina tahun lamanya, Thomas Sabo memperkenalkan Love Bridge. Beberapa rekaan gelang tangan dipersembahkan untuk menangkap detik-detik istimewa yang tersimpan di benak fi kiran. Percuma untuk setiap ukiran, bar kerawang yang diperbuat daripada perak sterling 925 dicantumkan pada hujung gelang lantas memberikan ruang untuk anda mengekspresikan rasa diri dengan ukiran peribadi.

Setiap sifat mahupun rasa cinta yang unik kini boleh dikongsi di antara dua pasangan, tidak kira antara kekasih hati, teman rapat mahupun ahli keluarga. Dihiasi dengan deklarasi cinta, tanda persahabatan mahupun moto hidup, gelang-gelang ini nyata menjadi koleksi barang kemas peribadi yang tersimpan rapi. Buat meraikan semarak persahabatan, pemberian gelang ini ternyata unik. Hadir dalam pelbagai gaya dan warna, terpulang buat si pemakainya untuk menyampaikan setiap makna ukiran yang dicecah pada permukaan kerawangnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.