ULTRA MODEN

DARIPADA DIGITAL, INDUSTRIAL HINGGA SENI BINA, M PAVILION MENYEDIAKAN KOMBINASI GAYA TERBAIK BUAT KELOMPOK YANG FASHION-FORWARD.

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Rekaan ultra moden, berpaksikan rekaan ringkas dengan penggunaan fabrik berteknologi tinggi. Biarpun ia direka dengan pola sederhana, namun impak tatkala menyarungnya berbeza apabila ia dimanipulasi dan mempunyai kombinasi yang baik antara rekaan, fabrik, struktur pembuatan serta perincian. Ini secara keseluruhannya mendefinisikan rekaan yang baik untuk rekaan ready-to-wear.

Jika ditanya, siapa antara yang pakar dalam pemilihan jenama untuk himpunan ready-to-wear, sudah tentunya M Pavilion dalam senarai teratas. Mencerminkan imej cool dan moden selaras dengan apa yang dimahukan oleh wanita moden hari ini. Jadi, bagi melengkapkan cerita magis padanan musim luruh, M Pavilion menempatkan beberapa lagi himpunan lain untuk disempurnakan bersama jenama seperti Clover Canyon, Opening Ceremony, Sportmax Code, Elizabeth and James dan Sam Edelman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.