PERKAHWINAN CASIRAGHI, GETTY, HILTON DAN ROTHSCHILD

ada tiga perkahwinan high profile yang menjadi buah mulut ramai. Kasih bertaut antara keluarga-keluarga aristokrat paling elit dunia.

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Perkahwinan jutawan Inggeris Joseph Getty bersama pasangannya, Sabine Ghanem berbalut mewah penuh ekstravaganza. Menelan perbelanjaan sebanyak 11 juta, majlis berlangsung selama tiga hari di Rom. Pereka barang kemas asal Lubnan ini menyarungkan persalinan gaun putih yang dibikin khas buatnya dari rumah adi busana ternama, Schiaparelli. Penciptaan hebat dari material satin ini bersulamkan 500,000 manik oleh Maison Lesage.

Mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu, pewaris takhta bisnes perhotelan, Nicky Hilton mengakhiri zaman bujangnya bersama James Rothschild. James waris kepada firma perbankan terkemuka. Muat turun gambar pertama, memperlihatkan Nicky meninggalkan Hotel Claridge’s di samping bapanya, Rick. Melangsungkan perkahwinan di Kensington Palace, bekas kediaman mendiang Puteri Diana, Nicky menyarungkan gaun bernuasa klasik Inggeris dari Valentino.

Perkahwinan aristokrat Monaco, Pierre Casiraghi bersama buah hatinya Beatrice Borromeo sudah tentunya mendapat perhatian dunia. Anak lelaki bongsu Puteri Caroline, Princess of Hanover mengikat janji pernikahan pada Julai lalu di Pink Palace, Monte Carlo, Monaco. Ceritera cinta yang dibina selama tujuh tahun dinoktahi dengan resepsi berkonsepkan pesta flora di istana. Keduanya hadir dengan mengenderai kereta sendiri. Beatrice menggayakan dress sutera sifon rona merah jambu pucat garapan Valentino.

SABINE GHANEM

BEATRICE BORROMEO

NICKY HILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.