BALENCIAGA

GLAM (Malaysia) - - Laporan -

Estetik seni Cristobal Balenciaga dalam rekaan yang sculptural menjadi asas buat himpunan Alexander Wang di Balenciaga. Maka terhimpunlah skirt membulat, dress kokun dan siluet jaket atau dress yang membalut seakan memeluk tubuh wanita. Namun siluet yang tirus pada skirt dan tidak memberi kebebasan buat wanita Balenciaga bergerak lancar, lari daripada visi asas rekaan mendiang Balenciaga. Untuk menambah kemewahan setiap wanita ditambah seri dengan hiasan aksesori yang menerbitkan cita rasa barang pusaka daripada keluarga mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.