CHANEL

GLAM (Malaysia) - - Laporan -

Mendiang Gabrielle Chanel sendiri adalah orang penting ketika budaya Café Society muncul di kota Paris. Chanel turut melancarkan koleksi barang kemas Café Society. Lalu, tidak mustahil buat pertunjukan fesyen musim luruh Karl Lagerfeld mencipta sebuah kafe Perancis dan peragawati disarungkan dengan helaian yang berilhamkan daripada budaya kafe. Buat kali pertama, di Brasserie Gabrielle ini peragawati Chanel disarungkan kasut dwi-tona yang direka mendiang Gabrielle Chanel. Kata Lagerfeld koleksi ini adalah pandangan daripada orang luar tentang budaya Peranchis. Tweed terus menjadi asas penting daripada jaket hingga ke skirt.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.