BINGKISAN

Kami mengalu-alukan pendapat serta e-mel anda. E-mel glam@bluinc.com.my atau hantar kepada glam, BluInc media, lot 7, Jalan 13/4 Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Dan sertai glam malaysia di Facebook.

GLAM (Malaysia) - - Kalendar Jun - PEMENANG BULAN INI

Splendid cover of the month Thank you GLAM for the amazing cover! Saya begitu meminati Juliana Evans sejak dahulu lagi. Penampilan Juliana Evans dalam persalinan Coach memberi kelainan. Menampilkan fesyen yang diolah dengan jenama Coach, saya suka sekali dengan keluaran kali ini. Ia turut membuat saya berangan-angan untuk menggayakan persalinan itu juga. Gaya Juliana yang minimalis dan edgy melantangkan lagi raut wajah kacukannya itu. Menjadikan cover ini lebih hangat apabila dia turut membongkar kisah cintanya bersama kerabat diraja yang kini menjadi suaminya. Saya akan mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Siapa pula yang bakal ditampilkan pada kulit muka depan GLAM bagi isu bulan hadapan pula? Tidak sabar menunggu isu berikutnya kerana GLAM tidak pernah menghampakan. Untuk semoga terus menghidangkan yang terbaik buat pembaca. Shakira Sapudin, Johor Bahru

Congratulation,

Natasha! Saya sungguh teruja sejurus melihat wajah unik milik Natasha menjadi pemenang GLAM Next Face! I believe she deserves to win the title. Dia sungguh cantik! Memang terpukau mata taktala melihat wajahnya kini menghiasi helaian fesyen majalah GLAM. Malaysia memang memerlukan modelmodel unik seperti dia dan kita dapat lihat sendiri bagaimana negara kita menghargai ciri keunikan seseorang itu tanpa perlu terikutikut akan imej dunia luar. Diharapkan mungkin suatu hari nanti dapat pula melihat wajah Natasha sebagai penghias kulit depan majalah GLAM. Dapat juga mengenali Natasha dengan lebih dekat melalui kisah yang ingin dikongsi bersama pembaca majalah GLAM. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Natasha dan best of luck to her dalam menjalani bidang modelling. Maisarah Alia, Ipoh GLAM Junior on fire! Cukup mencuit hati saya sekali tiap kali membelek pages GLAM Junior melihat telatah anak-anak kecil bergaya ootd. Selain pilihan gambar, informasi yang dilampirkan cukup menarik, padat dengan item fesyen kanak-kanak yang terkini. Saya berharap agar GLAM Junior diteruskan malah memperbanyakkan lagi isi menarik yang boleh dikupas serta kembali sebagai naskah stand alone. Dengan itu boleh juga menyelitkan informasi serta tip buat para ibu seperti terbitan dahulu kerana panduan yang diberikan sangat membantu. Paparan pasangan selebriti bersama anak kecil mereka dengan penggayaan baju mewah juga menarik dibuat sebagai panduan untuk menggayakan si kecil. Dengan itu, teruslah menjadi rujukan gaya kanak-kanak mewah! Wan Afiqah, Cheras

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.