GLAM 101

Baju-T Berslogan Bukan hanya suara sahaja yang bisa meluahkan kata-kata protes, tetapi baju-T juga mampu menyampaikan mesej yang hendak disampaikan. Kini baju-T berslogan memberikan impak besar dalam dunia fesyen dengan tulisan yang memberi kontroversi ha

GLAM (Malaysia) - - Kalendar Jun -

1. Katharine Hamnett, pereka fesyen asal United Kingdom menjadi orang penting dalam mencipta revolusi baju dengan tulisan slogan. Baju-baju berslogan ciptaan Hamnett disarungkan oleh selebriti seperti George Michael daripada kumpulan Wham yang memilih untuk memakai baju berslogan “Choose Life”. Supermodel, Naomi Campbell pula pernah menyarung baju berslogan “Use A Condom”.

2. Baju berslogan juga dilihat sebagai medium provokasi

semasa kerana tanpa suara ia masih dapat disampaikan pada orang ramai. Melihat pada situasi kes jenama FCUK yang cukup popular pada era 90-an dengan slogan semasa mereka mengembalikan semula trend ini dengan slogan baru seperti “FCUK your selfie” dan “Chill the FCUK out”.

3. Trend ini bukan sahaja hangat di pentas fesyen malah turut dipraktikkan ahli

politik. Antara yang mencipta momen penting adalah apabila Caroline Lucas menyarungkan baju berslogan “No more page Three” untuk menyuarakan tentang seksisme dalam media.

4. Pentas Gucci koleksi musim luruh yang menggabungkan himpunan buat lelaki dan wanita turut mempunyai ceraian baju yang dihiasi dengan slogan. Alessandro Michele memilih

kata pujangga Coco Capitan “Common sense is not so common” dan “Tomorrow is now yesterday” menjadi DNA buat Michele di Gucci.

DIOR MUSIM BUNGA 2017 KATHARINE HAMNETT ADALAH INSAN PENTING DALAM MENCIPTA BAJU BERSLOGAN BUAT SAMBUTAN KE 10 HOUSE OF HOLLAND MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI BAJU BERSLOGAN BAJU-T BERSLOGAN OLEH FCUK MENGEMBALIKAN MOMEN FESYEN ERA 90-AN CAROLINE LUCAS DIANTARA AHLI POLITIK YANG MENGGUNAKAN TREND BAJU BERSLOGAN UNTUK MENYUARAKAN PENDAPATNYA BUKU INI MEMPUNYAI TEMURAMAH BERSAMA ORANG- ORANG PENTING DALAM MENCIPTA REVOLUSI BAJU BERSLOGAN GUCCI MUSIM LURUH 2017

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.