MENJULANG RASA MEWAH MERAK

Simbol burung merak yang penuh misteri dan unggul ini menjadi ilham m terbaik buat jam tangan Bulgari. Menerusi koleksi Diva Dream, ia menyatukan kraf artistik, kehalusan n pembuatan barang kemas serta kompilasi perincian horologi.

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Di India, burung ini merupakan simbol kepada sesuatu yang kekal juga lambang kesuburan. Merak pula dianggap sebagai pokok bernyawa bagi masyarakat Timur Tengah serta menjadi makhluk kesukaan Juno, iaitu isteri Jupiter dalam khurafat Rom lalu setiap rona yang dipancarklan melalui burung ini dijadikan inspirasi kepada corak mozek purba yang berwa berwarna-warni. Ini menguatkan Bulga Bulgari untuk terus bernafas bersama moti motif ikonik ini lalu menghasilkan tiga reka rekaan terbaru yang cukup terperinci dan sensual ini. J Jam versi pertama bermotifkan b burung merak berlatar belakangkan keindahan malam. S Simbol mozek dihidupkan dengan luk lukisan tangan ini memerlukan masa selama 20 jam untuk mencipta warna yang tepat. Sebanyak 14 warna diperlukan bagi mencipta dimensi seni pada permukaan dail ini. Jam berdiameter 37mm dengan case emas putih dilengkapi dengan tatahan berlian serta tali jam yang diperbuat daripada kulit aligator. Rekaan kedua pula mewakili keindahan siang diselaputi dengan latar belakang yang diperbuat daripada motherof-pearl. Emas merah yang diselimuti case 37mm ini turut dihembus dengan tali jam dari kulit aligator palet biru serta tatahan berlian sebanyak 135 butir. Jam Diva Dream yang ketiga pula dikuasakan dengan mekanikal manual-winding serta rangka tourbilion calibre BVL 208. Jam tangan ini turut dicipta dengan kompilasi unik yang cukup mencabar kemahiran artistik para artisan Bulgari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.