OPTIMISTIK BUAT NEW YORK!

GLAM (Malaysia) - - Nota Fesyen Glam - OLEH AIZAT A IDID GAMBAR COACH

Bandar yang tidak pernah tidur. Kota utama Amerika Syarikat ini menjadi lokasi yang menyatukan semua manusia daripada latar dan budaya yang berbeza. Perbezaan ini menjadi inspirasi buat himpunan pra-musim luruh Coach 1941 2017. Stuart Vevers membawa aliran gaya cool segar kelompok muda Los Angeles yang dimadukan bersama rasa urban jagoan New York lalu terhasil satu himpunan yang meraikan rasa optimistik dalam gaya togetherness serta saling menghormati.

Stuart Vevers selaku Pengarah Kreatif Coach masih lagi mahu menyelongkar kisah Amerika Syarikat. Jika bukan jenama tanah air itu sendiri yang menyanjung budaya Amerika Syarikat, siapa lagi bukan? Maka itulah misi Vevers buat Coach sejak hari pertama bertugas di New York. Banyak budaya Amerika Syarikat sudah dilestarikan seperti klasik rock and roll buat musim bunga 2017 dan dunia sukan kegemaran Amerika Syarikat seperti bola keranjang di himpunan musim luruh 2016. Maka ka kali ini, mata Vevers tertumpu pada kelompok cool Los Angeles bersama gaya eklektisisme New York. Gabungan dunia yang berbeza ini membentuk satu koloni fesyen baru seperti yang ng dibayangkan oleh Stuart Vevers buat pra-musim m bunga Coach 1941.

Pier 94 bertukar menjadi lot parkir kerana Vevers kali ini mahu menunjukkan gaya golongan remaja Amerika Syarikat yang gemar melepak di lot parkir. Ia adalah salah satu budaya Amerika Syarikat kerana hampir semua remaja di sana kerap menghabiskan masa bersama rakan di ruang parkir kereta. Di situ jugalah lahirnya subbudaya termasuk fesyen. Estetik daripada gaya 70-an dan 90-an menjadi nadi inspirasi kepada himpunan pra-musim luruh Coach 1941 ini. Koleksi ini juga menggabungkan himpunan buat wanita dan lelaki dalam pentas yang sama. Maka idea Vevers lebih terserlah dengan paduan dua jantina. Menariknya, melalui koleksi ini juga Vevers melancarkan himpunan bersifat genderless.

Himpunan Coach Icons adalah satu cara Vevers dan Coach meraikan budaya uniseks sekarang. Ia merupakan ceraian penting daripada arkib Coach dan direka tanpa jantina yang khas. Siluet ceraian di bawah koleksi Coach Icons adalah yang sering dipersembahkan saban musim dan apa yang membezakannya adalah pemilihan corak, hiasan perincian serta material mengikut musim. Sebagai contoh jaket M65 yang diinspirasi daripada jaket yang disarung oleh tentera Amerika Syarikat. Selain itu Vevers juga merai jaket yang dipakai oleh pekerja pembalakan dengan menghasilkan jaket yang menggunakan material shearling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.