CLARINS BODY FIT

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

Teman dan pakar kecantikan tubuh badan Clarins sentiasa memupuk matlamat untuk membantu wanita kekal langsing dan sihat yang berpanjangan dengan memperkenalkan Clarins Body Lift Cellulite yang sekarang dikenali sebagai Body Fit dengan formula yang baru.

Formula yang merangkumi ekstrak daun Quince ini mampu melatih tiga seladicopytes iaitu menyimpan lemak, membakar lemak, dan pengeluar fiber agar ia kembali kepada paras yang dikategorikan sebagai normal.

Krim baharu berona merah jambu ini meresap pantas dan membiarkan kulit anda kekal lembap dan sekata.

Body Fit juga berupaya mendatangkan kesan pelangsingan idaman dengan mengurangkan selulit serta membantu menghalang selulit daripada kelihatan pada bahagian yang sering menjadi sasarannya.

Sememangnya kesan Body Fit tidak terhenti di situ sahaja, malah ia juga boleh memberikan bentuk tubuh yang menawan dengan menganjalkan, melicinkan dan memastikan kulit anda lebih berseri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.