CANTIK SEMULA JADI DARI DALAM

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

1. ROUGE COCO GLOSS, CHANEL Hadir dalam 24 rona berbeza, glos bibir ini mewah dengan tekstur seakan gel. Palet warnanya cukup menggoda lagi intense dan masa sama memiliki kuasa hidrasi yang menjanjikan bibir lembap sepanjang pemakaian. Glos ini juga mempunyai pigmen warna yang bagus dan ia mampu melitupi kulit seolah-olah anda mengoles gincu matte terlebih dahulu. Seksi dan glamor, tentunya Rouge Coco Gloss antara yang harus ada dalam beg solek anda! 2. MIDNIGHT RECOVERY

CONCENTRATE, KIEHL’S Wajah kusam mampu diubah dengan bantuan formulasi yang betul-betul berkesan. Eliksir istimewa yang menjadi antara bestseller di Kiehl’s ini bertugas menambah baik kondisi kulit menggunakan minyak essential yang sudah disuling secara botanikal. Semalaman diulit mimpi dengan serapan Midnight Recovery Concentrate, wajah pasti muncul berseri dan lebih segar di awal pagi menandakan keberkesanan produk ini. Harga RM243. 3. DETOXIFYING ANTI-FREE RADICAL YOUTH SERUM, SOTHYS Kesibukan gaya hidup metropolitan membuatkan kita sering terdedah dengan pelbagai faktor pencemaran yang mampu merosakkan kulit. Setiap hari sebelum tidur, selepas membersihkan wajah dengan serum Sothys ini yang dikatakan sebagai antara youth serum paling dikehendaki di pasaran kini. Ia bertindak sebagai formula detoks yang mencegah radikal bebas dari terus merosakkan kulit muka. Harga RM490. 4. VERBENA FRESH SHOWER GEL, L’OCCITANE Seharian di luar dengan cuaca panas, tiada apa yang lebih ditunggu selain pulang ke rumah and straight away jump into the shower! L’Occitane melancarkan rangkaian Classic Verbena yang terdiri daripada Body Mist, Exfoliating Sugar, Frappe Body Cream dan Hand Cream. Verbena Fresh Shower Gel bukan sahaja menyegarkan tetapi juga mampu menyejukkan badan. 5. VELVET MATTE SKIN TINT BROAD SPECTRUM SPF 30 SUNSCREEN, NARS Mengapa perlu berlapis-lapis bedak asas dan sunscreen di muka jikalau ada produk yang mampu bertindak sebagai bedak asas dan suncreen sekaligus? Kala Skin Tint dari Nars ini disapu terus ke kulit muka, anda boleh merasakan sendiri teksturnya yang seakan baldu. Wajah yang diberi finishing matte akan menyerlahkan lagi pigmen warna dari alat solek. Harga RM175.

Being comfortable in your own skin is the most important thing. Bila usia bertambah, fokus mulai terarah kepada produk kecantikan kulit berbanding alat solek. Saya tiada masa untuk rutin kecantikan yang banyak lagi rumit, oleh itu saya akan memilih krim atau serum yang mampu memberi efek optimum. Bila bersolek pula, palet warna dalam nada natural terus menjadi pilihan. Produk mandian juga menjadi kesukaan kerana saya percaya yang ritual membersihkan badan amat penting. Ia adalah sesuatu yang kita lakukan sebelum memulakan hari dan selepas hari selesai. Jika pagi kita mulai dengan rasa segar dan bertenaga, maka kebarangkalian hari yang bakal anda tempuhi juga memiliki dinamik yang sama!” SUZIE ADNAN, EDITOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.