GLAM LIFE: PARK AVENUE CHIC

Deruan air terjun berlatarkan suasana tropika mengalirkan kedamaian di jiwa. Dihiasi perabot buatan negara barat, ia bagai membias cita rasa dan personaliti penghuninya.

GLAM (Malaysia) - - Jul - TEKS YU SAIR I F I T R I ARAHAN SENI AFIQ K HAI RU DI N& MAHIRAH N A ZDL I M GAMBAR SOO PHYE SOLEKAN& DANDANAN S U Z ANA/ ACU TABO V E

Kejiranan Bangsar sememangnya terkenal sebagai salah satu lokasi hartanah elit terutamanya yang mendambakan privasi. Ditemani alam semula jadi, pemukaan bumi yang berbukit diselang-seli dengan deretan kondominium eksklusif dan banglo mewah. Lokasi ini menjadi pilihan utama personaliti yang sentiasa dekat di hati GLAM iaitu Y.M Tengku Asra Jehan Y.B.M. Tengku Tan Sri Dato’ Seri Azlan.

Angin semilir yang berhembus masuk lewat balkoni utama mengundang rasa damai. Begitu juga dengan susun atur perabot dan penataan keseluruhan kediaman ini. Sekali imbas, gambaran gaya hidup pemilik dan keluarganya menterjemahkan konsep yang seimbang antara cita rasa moden dan eksklusif. Istimewanya, elemen perhiasan dipelbagai gayakan oleh Tengku Asra. Ada perabot yang bersifat kontemporari dan ada juga gaya oriental yang dimadukan bersama bagi memecahkan kelainan. Aras utama menempatkan ruang tamu, ruang makan, bilik tetamu dan di sebalik pintu bersebelahan meja makan adalah dapur kering dan basah. Bahagian belakang yang digunakan sebagai ruang utiliti diasingkan untuk mengelakkan gangguan. Ruang tamu diperindah dengan rona natural. Setia menemani ruang ini pastinya syiling tinggi dan cermin telus cahaya yang bisa menembusi dan melimpahkan cahaya semula jadi. Dilatari ambal empuk Omar Khan, lukisan Nori Abdullah yang dibeli daripada Kita-Kita serta sofa yang diimport dari Amerika Syarikat. Kala ditanya mengenai cita rasanya yang terarah pada perabot buatan negara Uncle Sam ini Tengku Asra membuka bicara. “Saya sentiasa mempercayai buatan Amerika Syarikat apabila menyentuh soal perabot. Ini kerana kualiti yang ditampilkan terbukti tinggi. Daripada segi rekaan ia membias nada moden klasik manakala kualitinya pula baik. Perabotnya tahan lasak dan boleh

“Pastinya jenama Christofle menjadi satu-satunya pilihan saya. Ia mewah, berkualiti tinggi dan rekaannya yang timeless.”

digunakan untuk tempoh masa yang panjang. Hanya dengan penjagaan yang minimum, ia masih dalam keadaan yang sempurna seperti baru dibeli. Setiap enam bulan, saya akan mengupah pakar penjagaan perabot yang mahir dengan perabot import ke rumah untuk memeriksa kondisi perabot. Tengku Asra akui dirinya cukup cermat dalam menentukan apa yang perlu di tempatkan di kediamannya.

Katanya lagi, “Ciri-ciri kediaman yang saya mahukan adalah berkonsep terbuka, mendapat cahaya natural dengan siling yang tinggi. Unit duplex ini memenuhi apa yang saya dambakan. Saya tidak gemar berada di unit yang terlalu tinggi kerana ia seakan terpisah dengan persekitaran. Contohnya, unit ini berdekatan dengan kolam renang dengan pemandangan hijau yang sungguh menenangkan. Kami sekeluarga sentiasa mendapat kebaikan darinya iaitu sinergi harmoni. Begitu juga dengan pemilihan warna, saya mengambil kira faktor cuaca dan iklim setempat. Warna terang seperti merah, oren yang dikategorikan warna panas tidak sesuai untuk iklim khatulistiwa atau tropika. Sebaiknya, warna- warna pastel, coklat, putih adalah pilihan yang tepat.”

Beralih ke ruang makan yang agak jauh di sudut belakang, Tengku Asra memilih rona biru kehijauan sebagai pelengkap dinding. Tersergam indah di tengah ruang makan ialah set meja makan Ralph Lauren lengkap dengan kerusi dalam rona coklat gelap. Meja makan mewah ini tidak dibiarkan kosong, sebaliknya ia dihiasi dengan set makan yang indah. Tidak lengkap andainya tidak berbicara mengenai set kutleri kegemaran Tengku Asra. “Pastinya jenama Christofle menjadi satusatunya pilihan saya. Ia mewah, berkualiti tinggi dan rekaannya timeless. Seni penataan meja makan penting buat saya kerana ia membias personaliti penghuni secara tidak langsung. Lebih–lebih lagi, saya dan suami gemar mengundang tetamu ke rumah untuk menikmati makan malam tetapi secara intimate. Momen ini membolehkan kami bersembang, bertukar pendapat dan bermesra di antara satu salam lain tanpa gangguan. Pada saya, saat ini adalah penting dimana kami menghargai masa dan meluangkannya dengan cara yang terbaik.” Bagaimana pula dengan menu? “Oh ya, suami saya mahir dalam menyediakan masakan barat seperti rose lamb dan beberapa lagi hidangan yang lazat. Starter dimulakan dengan smoke salmon dan paling menarik ialah menu minuman moktail iaitu jus kelapa bersama limau segar, halia dan soda yang dituangkan dalam gelas kristal biru. Sesekali bertukar selera, kami akan sediakan rendang pucuk pegaga dan ayam masak lemak yang dimasak istimewa dari istana, ujar Tengku Asra mengakhiri perbualan.

Masa seakan mencemburui kami. Deruan air terjun masih mengiringi kami kala kaki melangkah keluar ke pintu utama. Hembusan bayu masih tetap menyapa krew GLAM Life, kala mengucapkan selamat tinggal kepada tuan rumah.

TENGKU ASRA DALAM PERSALINAN BIYAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.