EDITOR’S PICK: NEW AGE BEAUTY

Seiring putaran trend kecantikan, glam Editor’s Pick kini menyenaraikan produk-produk mewah dan terbaik buat anda. Istimewa kali ini, setiap produknya dipilih oleh barisan editorial glam. lihat siapa yang kata sesuai, dan siapa pula kata sebaliknya.

GLAM (Malaysia) - - Jul - PENYEL AR AS YUS A IRI FI T RI AR AHAN SENI MAHIR AH NADZL IM DIBANTU OLEH SUZ Y R ASHID

Saya mengaku tidak pernah menggunakan toner. Saya membersih muka dua kali sehari dan serum adalah salah satu daripada lima keperluan rutin penjagaan wajah malah tidak ada seharipun tanpa pelembap SPF. Tetapi toner? Terus terang, I can’t be bothered. Bak kata Fiona Brackenbury, Ketua latihan dan pendidikan Decléor, jika kulit tidak dibersih secara betul, kotoran itu sentiasa menghalang apa sahaja krim yang dioles selepasnya. Semua tahu toner berupaya membuang sisa kotoran dan kesan solekan yang tersumbat di dalam liang pori muka yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam. Walapun menggunakan pelembap berharga RM500 sekalipun, khasiat krim ini tidak dapat bekerja dengan baik kerana tidak mampu menembusi kulit anda dengan betul. Namun begitu, bukan bererti toner adalah kunci kebersihan semata-mata kerana dalam regimen penjagaan kulit, ia bergantung pada rutin yang anda gunakan iaitu berapa lama anda membiarkan ia bertindak menembusi kulit dan bagaimana mengaplikasinya. Tahun lepas sahaja, wanita di United Kingdom membelanjakan hampir satu billion pounds sterling untuk penjagaan kulit. Fikirkan mengenai betapa besarnya angka tersebut. Ia boleh dikatakan agak membimbangkan untuk sebuah negara yang sepatutnya berada di ambang kemelesetan. Namun begitu, apabila diperhalusi, trend berbelanja besar untuk kecantikan adalah petanda positif. Hal ini kerana kecantikan sentiasa berada di dalam carta utama wanita. Akan tetapi tidak semua daripada kita punya petunjuk yang betul. Mengapa tidak kita mencontohi rutin wanita di Jepun menjaga kecantikan? Rata-rata, mereka mengambil masa 10 minit atau lebih untuk mengoles lapan produk yang berbeza pada kulit setiap pagi. Ini menunjukkan rejim pembersihan ketat diterapkan wanita sejak muda lagi. Sementara di United Kingdom pula 56 peratus wanita di sana bergantung kepada tisu lembap untuk membersihkan wajah sebelum mengenakan krim yang bernilai ratusan ringgit. Pada saya, mungkin ini satu pembaziran kerana krim mahal tidak akan efektif jika kulit tidak dibersihkan dengan betul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.