GLAM 101: NAOMI CAMPBELL

GLAM (Malaysia) - - Jul -

Naomi Campbell Supermodel yang mencipta banyak sejarah dalam dunia peragaan berada di pentasnya tersendiri sejak mencipta namanya pada era 90-an. Sejak daripada itu dia tidak pernah kosong tanpa permintaan daripada klien untuk beraksi baik di pentas peragaan, lembaran fesyen, menghiasi kulit majalah fesyen dan juga mengungguli kaca televisyen dengan membintangi drama dan rancangan sendiri.

1. Hidup Naomi Campbell bertukar sekelip mata apabila

Beth Boldt, pencari bakat baru peragaan menemuinya di Convent Garden lantas terus diikat kontrak bersama agensi peragaan Synchro. Sebelum itu Campbell yang beribukan seorang penari pernah menghiasi muzik video Bob Marley yang bertajuk Is Th is Love pada 1978. 2. Sebelum berusia 16 dia sudah menghiasi kulit majalah ELLE edisi Britain juga menjadi peragawati kulit gelap yang pertama untuk membintangi kulit majalah Vogue Paris setelah sahabat serta mentornya, mendiang Yves Saint Laurent mengugut akan menarik keluar iklan jenamanya jika mereka tidak meletakkan peragawati itu di kulit majalah mereka. 3. Campbell terkenal dengan sikap panas barannya dan di antara kes mahkamah yang paling popular adalah apabila supermodel itu perlu melakukan servis kemasyarakatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sanitasi New York selama lima hari. Campbell menyarung helaian terbaik daripada pentas peragaan seperti dress metalik Dolce & Gabbana kala melakukan tugas tersebut.

4. Selain menguasai dunia peragaan, Naomi Campbell turut melebarkan sayapnya dalam arena kreatif lain. Pada 1994, Naomi Campbell menghasilkan novel yang bertajuk Swan namun sebenarnya novel itu ditulis oleh Caroline Upcher.

IMEJ IKONIK APABILA NAOMI CAMPBELL JATUH DI PENTAS PERTUNJUKAN FESYEN VIVIEN WESTWOOD DEK KERANA KASUT BERTUMIT SEMBILAN INCI BUKU YANG BERTAJUK NAOMI CAMPBELL KELUARAN TASCHEN YANG HADIR DALAM DUA JILID INI DITERBITKAN TAHUN LALU RANCANGAN THE FACE YANG DITERBITKAN OLEH NAOMI CAMPBELL UNTUK MENCARI BAKAT BARU DUNIA PERAGAAN NAOMI CAMPBELL BEKERJASAMA BERSAMA DIESEL UNTUK KEMPEN

CHILD AT HEART BAGI MENGUTIP DANA BUAT FASHION FOR RELIEF KULIT MAJALAH VOGUE PARIS YANG PERTAMA DIHIASI O OLEH PERAGAWATI BERKULIT GELAPGE SELEPAS 25 TAHUN AKHIRNYA CAMPBELL BERAKSI SEMULA BUAT KEMPEN GAP DALAM BAJU DAN SELUAR YANG SAMA SAIZ PADA 1992

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.