BEG SKALA MODEN

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Membuka tirai musim baru ini, Hermès menambah satu lagi obsesi rekaan beg tangan terbarunya yang dinamakan Cinhetic. Direalisasikan menerusi keperluan pengembaraan dahulu kala, siluet dan kontur berbentuk kotak ini disertakan bersama rantai kemasan paladium. Titik fokusnya pada gancu yang berbentuk H apabila dikatup dan apabila flap dibuka, beg Cinhetic ini umpama menghadiahkan satu lagi perincian baru pada pemakainya dengan kehadiran garisan metal peraknya. Sengaja direka dalam bentuk moden agar pemakaian tanpa limitasi ini dapat digayakan semi feminin bersama kehadiran rantai pemegang manakala menjinjit tali pemegang kulit dapat menghembuskan aura maskulin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.