IN ROYAL FASHION

Selain berdarjat tinggi dalam monarki mereka ini juga menguja dunia dengan kecantikan dan gaya yang memukau. GLAM tampilkan permaisuri dan puteri diraja yang membiaskan cita rasa fesyen yang sempurna!

GLAM (Malaysia) - - Laporan Glam - OLEH A IZAT A IDID

LADY AMELIA WINDSOR Majalah Tatler melabel puteri berumur 21 tahun ini sebagai insan paling jelita dikalangan keluarga diraja. Sejak dari situ langkahnya rancak dalam dunia fesyen apabila dia dipilih untuk menjadi peragawati buat pertunjukan fesyen Dolce & Gabanna musim luruh 2017 di Minggu Feysen Milan. Label kasut, Penelope Chilvers turut menggunakan Lady Amelia untuk beraksi buat kempen video mereka. Dalam video itu, Lady Amelia menyarung but miliknya sendiri yang berjenama Penelope Chilvers.

PUTERI MARIAOLYMPIA Beribukan Putera Mahkota Greece Pavlos dan Puteri Mahkota Greece Marie-Chantal membuatkan Puteri MariaOlympia sering diberi fokus utama oleh kelompok fesyen. Maria- Olympia kerap menghiasi barisan hadapan pertunjukan fesyen seperti Dior dan Valentino. Cintanya pada fesyen membuatkan dia sering bekerja sama dengan jenama mewah dan salah satunya adalah Michael Kors. Jenama ini merakam Puteri Maria-Olympia di perkarangan kediamannya di SoHo, New York untuk kempen The Walk. Pada usia 17 puteri ini pernah membuat kerja amal bersama Dior.

YM PUTERI AFZAN SHAKIRA Puteri asal Pahang ini adalah bekas graduan Universiti Limkokwing dalam jurusan Komunikasi Profesional. Senang dengan panggilan Afzan, dia sering kali hadir ke parti fesyen di Kuala Lumpur. Cintanya dalam fesyen diperkuatkan lagi apabila membabitkan diri sebagai wajah media sosial buat KLFW 2014. Tahun lalu, GLAM bertuah dapat merakamnya menghias kulit majalah GLAMM isu Disember dan Puteri Afzanfzan digayakan dalam helaiann pra-musim bunga Dior.

PUTERI CHARLENE Cinta di antara puteri Charlene dan Putera Albert berputik ketika Charlene menyertai pertandingan renang di Monaco pada 2002. Sembilan tahun selepas itu mereka berdua berkahwin di Throne Room di Istana Monaco. Membesar di Afrika membuatkan dia aktif untuk melakukan kerja amal dalam membangunkan negara-negara mundur. Puteri yang dikurniakan sepasang anak kembar ini menggunakan sukan renang sebagai medium untuk kerja amal. Selain itu Puteri Charlene turut aktif mengumpul dana buat Amfar.

PUTERI DEENA ALJUHANI ABDULAZIZ Perkahwinannya dengan Sultan bin Fahad binn Nasser pada 1998 menaikkan an statusnya dalam keluarga luarga diraja Arab Saudi. Puteri Deena ini mempunyai yai butik fesyen bernama ma D’Na yang menempatkan patkan label moden seperti Prabal Gurung, Osman, Erdam rdam dan Jason Wu. Butikk miliknya itu berlokasiasi di Riyadh dan Doha. Puteri Deena juga adalah bekas editor majalah Vogue ue Arabia. Namun selepasepas dua keluaran Vogue Arabia, abia, Puteri Deena melepaskan askan tugasannya di majalah lah itu. Khabarnya dia dipecat cat kerana memilih Gigi gi Hadid bergaya dalam selendangndang buat Vogue Arabia dan tidak sensitif dengan n budaya tanah Arab.

PUTERI MAHKOTA MARIECHANTAL Marie-Chantal lahir dalamm keluarga berada. Bapanya memiliki empayar pusat membeli belah bebas cukaiukai jadi tidak hairanlah jika kehidupannyaa juga bak seorang puteri. Tuahnya berganda apabila dia berkenalan denganan Pavlos, Putera Mahkota Greece di sebuah parti perkahwinan keluarga Niarchos. Panahan cinta pandang pertama menembus tepat ke jantung Putera Mahkota Pavlos yang terus melamar Marie-Chantal untuk menjadidi permaisuri hatinya dan membawa gelaran Puteri Mahkota. Memilih rekaanan Valentino untuk disarung pada hari perkahwinannya, ibu kepada lima cahayaaya mata ini turut mempunyai label pakaianan kanak-kanak dengan jenamanya sendiriiri yang ditubuhkan pada 2010.

PERMAISURI MAXIMA Seville Spring Fair adalah lokasi di mana Maxima berjumpa dengan raja hatinya yakni Raja WillemAlexander dari Belanda. Permaisuri Maxima yang berasal dari Argentina sebenarnya adalah keturunan Raja Alfonso III daripada Portugal. Cita rasanya dalam fesyen lebih versatil kerana bijak bergaya dalam helaianhelaian bersiluet segar seperti ilham Roksanda Ilincic atau rekaan topi oleh Fabienne Delvigne.

CHARLOTTE CASIRAGHICASIRAG Nama penuh puteri kepa kepada pasangan Puteri CarolineCarolin dan suami, Stefano Casiraghi adalah CharlotteCharlo Marie Pomeline Casiragh Casiraghi. Lahir di Monaco, puteripute ini memiliki kerjayakerja dalam lapangan penulisan dan pernahpe menulis buat maj majalah AnOther dan akhbarakh The Independent.Independent Casiraghi turut pernah berkhidmat sebag sebagai editor majalah Above dan kemudiankemud meninggalkan tugasnya untuk membuka majalah terbitan sendiri dengan judul Ever Manifesto. Majalah itu memberi fokus mempromosi kestabilan alam semula jadi dalam dunia fesyen.

PUTERI TATIANA Selepas Tatiana Ellinka Blatnik berkahwin dengan Putera Nikolaos dia membawa gelaran Puteri Tatiana kepada Greece dan Denmark. Sebelum ini Puteri Tatiana pernah bekerja sebagai Perancang Acara buat label Diane Von Furstenberg. Apabila pulang mengikut suaminya ke Greece, dia melancarkan badan amal dengan mengumpul dana untuk menyediakan makanan kepada da rakyat jelata. . Tahun lalu, bagi menyokongokong badan n amal ini Puteri i Tatiana menulislis buku menu masakan kan bertajukuk A Tastete of Greece. ce.

PUTERI MAHKOTA MARY Ini adalah kisah dongeng moden yang bertukar menjadi realiti apabila Mary Elizabeth berjumpa dengan bakal suaminya di Slip Inn, sebuah pub di Sydney. Kala itu, Putera Mahkota Denmark Frederick melawat Australia menyaksikan sukan Olimpik 2000. Uffe Frank mereka gaun pengantin Puteri Mahkota Mary dan pasangan ini dianugerahkan dengan empat cahaya mata. Dalam lapangan fesyen, dia bertindak sebagai penaung kepada Copenhagen Fashion Summit dan Vanity Fair pernah menobatkannya sebagai salah seorang individu yang hebat bergaya.

PERMAISURI RANIA Permaisuri Rania berasal dari Kuwait dan mengahwini Raja Abdullah II yang sekarang ini memerintah Jordan. Baginda memilih gaun pengantin rekaan Bruce Oldfield untuk resepsi hari bahagia. Pasangan diraja yang popular daripada tanah Arab ini dianugerahkan dengan empat cahaya mata. Permaisuri Rania bukan sahaja terkenal dengan kerja amal yang dilakukan malahan, baginda juga popular dengan gaya moden wanita Arab yang diperkenalkan olehnya kepada masyarakat dunia. Setiap kali tampil di acara rasmi kerajaan, Permaisuri Rania akan memilih helaian berlabel tinggi seperti Dior, Valentino dan paling terbaru menyarungkan helaian rekaan Haider Ackermann.

KATE MIDDLETON Sejak baju yang disarung Kate Middleton kala membuat pengumuman pertunangannya dengan Putera William terjual bagaikan pisang goreng panas, ibu kepada dua cahaya mata terus ini diangkat menjadi ikon fesyen moden. Ada laman web didedikasikan kepada Kate Middleton untuk mengumpul semua gayanya. Sikap sederhana Kate yang tidak pernah kisah untuk mengulang pakai baju membuatkan ramai wanita rasa dekat dengannya. Antara label yang sering dipakai oleh Middelton adalah Rochas, Alexander McQueen and Christopher Kane.

PUTERI SIRIVANNAVARI NARIRATANA Puteri asal Thailand ini adalah puteri raja yang paling popular di gelanggang fesyen kerana baginda sering menghadiri minggu fesyen. Cintanya dalam bidang fesyen bercambah apabila baginda belajar dalam bidang seni rekaan dan tekstil di Universiti Chulalongkorn. Pada 2007 Pierre Balmain menjemputnya untuk mempersembahkan koleksi fesyen di Minggu Fesyen Paris. Tahun lalu Puteri Sirivannavari melancarkan koleksi yang menggunakan sutera Thailand sebagai material asas buat himpunan labelnya. Inspirasinya datang daripada nendanya yang cukup dikenali sebagai ratu sutera Thailand.

PUTERI ELISABETH VON THURN UND TAXIS Lahir dalam keluarga diraja Jerman yang dikenali sebagai Keluarga DiRaja Thurn Und Taxis kini Puteri Elisabeth Von Thurn Und Taxis lebih selesa menjalani kehidupannya sebagai salah seorang editor Vogue. Pada 2015, berlaku kes yang mana puteri ini memuat naik gambar seorang gelandangan yang sedang membaca majalah Vogue lalu banyak komen-komen negatif yang diterima oleh Puteri Elizabeth. Wanita gelandangan itu memberi komen yang dia tidak sepatutnya memuat naik gambar tersebut dan Puteri Elisabeth memohon maaf melalui laman Instagram peribadinya.

PERMAISURI LETIZIA Letizia Ortiz Rocasolano adalah isteri kepada Raja Felipe IV daripada Sepanyol. Permaisuri Letizia terkenal dengan cita rasa fesyen yang mengikut trend semasa serta bijak dalam mengimbangi gaya kontemporari namun masih kekal klasik. Sebagai contoh sewaktu Permaisuri Letizia mengikut suaminya ke Jepun untuk urusan diraja dan memilih rekaan Armani Prive yang mempunyai rekaan berelemen budaya Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.