Tarikh Luput Produk Cantik

GLAM (Malaysia) - - Memo Glam - OL EH SUZIE ADNAN

Penuh meja solek dengan segala macam mekap dan skincare hingga kita sendiri sudah tidak tahu yang mana satu sudah melepasi tarikh luputnya. Ya, membeli alat solek ini seperti suatu ketagihan tetapi tahukah anda bila masa terbaik untuk buang alat solek yang sudah lama? Dan bagaimana pula kita boleh tahu yang ianya sudah tidak elok lagi untuk diguna?

Sememangnya jika tekstur sudah tidak sama sebagaimana sewaktu anda mula beli ataupun jikalau produk sudah mulai berbau, itu tanda ianya sudah tidak elok lagi untuk dipakai. Dan bukan semua produk kecantikan ada menandakan tarikh luputnya meskipun tarikh pembuatan ada tertera pada kotak. Tip mudah adalah menulis sendiri tarikh produk mulai dibuka dan anda boleh mengagak bila ianya sudah tidak boleh lagi dipakai.

Segala jenis alat solek yang berbentuk bedak seperti bedak kompak, pemerah pipi atau pembayang mata; mampu bertahan selama dua tahun. Apa jua yang berasaskan gel atau krim seperti bedak asas atau concealer, ia mampu bertahan antara 12 hingga 18 bulan sementara glos bibir boleh bertahan hingga dua tahun tetapi gincu cuma ada jangka hayat setahun sahaja. Paling sensitif adalah produk-produk mata seperti m maskara dan eyeliner. Keadaannya hanya e elok digunakan selama tiga bulan.

Tempat simpanan produk kecantikan jugaj memainkan peranan. Jika tempatnya panas atau berada di bawah panas matahari, secara automatik, jangka hayat produk tersebut akan menjadi semakin pendek. Jadi rajin-rajinkan diri memeriksa beg makeup dan cuci berus-berus solek. Periksa tarikh luput, buang yang sudah lama dan beri ruang untuk item-item baru!

LANEIGE WATERY SUN CREAM SPF 50+ PA++++ KIEHL’S CALENDULA & ALOE SOOTHING HYDRATION MASQUE YSL LE CUSHION ENCRE DE PEAU MARC JACOBS ENAMORED HISHINE GLOSS LIP LACQUER LIPGLOSS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.