KEMBALIKAN GHAIRAH KEINTIMAN

BAGI WANITA, MEMILIKI TONA KULIT SEKATA PADA BAHAGIAN PERIBADI ADALAH SATU KEISTIMEWAAN. RAWATAN PINK INTIMATE SYSTEM DIREKA KHAS UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN SETIAP WANITA.

GLAM (Malaysia) - - Glam Fokus -

“Saya memiliki kulit yang cerah dan ia sentiasa membuatkan saya gembira. Tetapi sejak berlaku perubahan warna kulit pada bahagian kelamin, saya mula hilang keyakinan diri. Ia bertukar menjadi lebih gelap dan membuatkan saya malu setiap kali mengadakan hubungan kelamin dengan pasangan. Malah setiap kali bersama, saya akan pastikan lampu dipadamkan. I do not want him to see my vagina. What can I do to make the blackness go away?” Jika anda pernah mendengar keluhan ini, mungkin anda salah seorang yang bakal menghadapi masalah yang sama. Hal ini kerana, setiap wanita dilahirkan dengan jenis kulit yang berbeza. Warna vagina mungkin merah jambu dan sedikit perang bergantung kepada faktor-faktor seperti etnik, umur, berat badan, kulit dan sebagainya. Asasnya, kecenderungan bimbang apabila melihat perubahan warna kulit pada bahagian sulit ternyata mampu menjejaskan keyakinan serta harga diri. Namun begitu, masalah ini bisa di tangani menerusi rawatan Pink Intimate System. Rawatan ini adalah penyelesaian ideal bukan invasif untuk mendapatkan semula keremajaan dan keanjalan serta membentuk semula tisu luar vagina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.