ENAM BEDAK ASAS TAHAN CUACA PANAS DAN PELUH

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

“Iklim khatulistiwa menjadi pencabar utama wanita dalam mencari alat solek yang tahan lebih lama. Cuaca terik membuat kulit mudah melekit akibat penghasilan minyak. Walaupun mengoles primer sepertinya jalan penyelesaian, namun kadang- kadang kita kalah dengan alam. Betapa sukarnya mencari bedak asas bertekstur serasi dengan kulit Asia dengan cuaca panas sepanjang tahun. Sementelah, memakai dua kombinasi campuran bedak asas adalah lebih cantik dan paling serasi dengan warna kulitmu.” MARINI MAT ZAIN, PENGARANG WEB, GLAM

1. IT COSMETICS CC+ VEIL BEAUTY FLUID FOUNDATION SPF 50+ Bukan sekadar bedak asas tetapi juga dapat mencerahkan kulit, membuat kulit lebih sekata dan mengandungi serum anti-penuaan. Ternyata produk ini mampu meliputi seluruh wajah dengan olesan nipis. 2. M.A.C. PRO LONGWEAR NOURISHING WATERPROOF

FOUNDATION Dambakan wajah segar sepanjang hari? Pastikan asas solekan berformula hebat seperti kalis air, malah bertahan 16 jam lamanya. Tiada butiran peluh yang mampu merosakkan solekan kerana bedak asas ini bebas minyak. Wajah akan kelihatan flawless sepanjang hari dan solekan tampak segar sepanjang 15 jam. 3. NARS ALL DAY LUMINOUS WEIGHTLESS

FOUNDATION Solekan lebih semula jadi dengan hanya satu titik. Lebih ringan juga mampu bertahan selama 16 jam lamanya. Bedak asas bebas minyak yang pasti meliputi seluruh wajah. 4. CHANEL PERFECTION LUMIERE LONG-WEAR FLAWLESS FLUID MAKEUP SPF10 Mengekalkan solekan selama 15 jam selain memberi hasil matte, berseri-seri dan kompleksi kulit sekata. Anda boleh mengawal liputan, dari medium ke intense. Sesuai buat semua jenis kulit. 5. MARC JACOBS BEAUTY GENIUS GEL SUPER-CHARGED OIL-FREE

FOUNDATION Memadam masa silam, menyempurnakan hari ini dan melindungi masa akan datang. Gel kecantikan antipenuaan dan menyerlahkan kulit cerah. Terdapat multi-vitamin yang memberi hidrasi dan khasiat lain. 6. ESTEE LAUDER DOUBLE WEAR STAY-IN-PLACE MAKEUP SPF 10 Bedak asas ini membuat kulit semulajadi sempurna meskipun anda berada di bawah terik matahari. Rasa lebih ringan, tidak comot dan tidak mengotorkan pakaian.

6. 5. 2. 3. 4.

1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.