YM DATUK TUNKU KAIYISAH

GLAM (Malaysia) - - Wajah Glam -

MENYARUNG BAJU KAIT MICHAEL KORS COLLECTION DAN JAM TANGAN RENDEZ-VOUS MOON JAEGER- LECOULTRE SEBELAH: KOT MICHAEL KORS COLLECTION

B YM PUTERI AMIDA AFSHA AFZAN iarpun usianya masih muda, setiap butir bicara yang terbit dari bibir Puteri Amida Afsha Afzan Binti Baharim, 22, mencerminkan kematangan. Empunya diri baru sahaja menamatkan pengajian dari Universiti Limkokwing dalam jurusan Broadcasting & Journalism. Buat masa ini dia bekerja di Prettysuci yakni syarikat milik sepupunya, Tunku Kaiyisah selaku pembantu pemasaran. Dia saja mahu menimba pengalaman bagaimana mahu menguruskan sebuah syarikat sebelum mengorak langkah membina empayar sendiri satu hari nanti.

Jiwa puteri muda ini begitu cepat tersentuh apabila melihat anak kecil yang tidak cukup makan dan minum. Semenjak kecil, dia akan menderma makanan kepada rumah-rumah kebajikan anak-anak yatim. Dia mencedok sifat dermawan melalui bondanya, YAM Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang Hajjah Tengku Shahariah Binti Sultan Hj Ahmad Shah. Dirinya sejak daripada kecil sudah diasuh untuk sentiasa bersedekah dengan menolong bonda menyiapkan persiapan majlis berbuka puasa dan memberi duit raya serta hamper kepada kanak-kanak lain, secara tidak langsung aktiviti itu menjadi aktiviti kesukaannya sehingga ke hari ini. Niat di hatinya mahu meneruskan legasi keluarganya untuk terus berbakti kepada golongan yang memerlukan.

Amida mahu menubuhkan rumah kebajikannya sendiri bila tiba waktu yang sesuai. Buat masa ini sebaik selesai pengajian dia membabitkan diri dengan aktiviti kebajikan bersama UNCHR (United Nations High Commissioner for Refugees). “Ibu sering mengingatkan saya, “Kita diberi kemewahan untuk memilih apa jua makanan yang terhidang di atas meja, tetapi sedarkah kita ada orang yang kebuluran dan setiap hari memikirkan apa yang dapat dimakan?” Kerana itu, saya berasa ia menjadi tanggungjawab saya untuk menolong insan yang memerlukan. Saya membuat kerja kebajikan bersama UNCHR dengan mengajar kanak-kanak mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sejak dari tahun 2012 lagi apabila ada waktu terluang. As for now, I’m still teaching English and Bahasa for year three, aside from working with Prettysuci.”

Bercerita mengenai fesyen, Amida bukanlah seorang yang begitu obses dengan trend semasa. Dia akan pentingkan keselesaan daripada mencuba fesyen itu dan ini. Zara dan Topshop adalah gedung membeli belah yang amat disukai. “You will be surprised that most of my clothes that I wear are from my aunties and my cousins! Barang berjenama jarang saya beli, saya selalunya akan membeli sesuatu yang berjenama kalau saya betulbetul suka. Begitu juga dengan beg tangan. Saya akan pakai beg yang sama untuk jangka masa yang lama sehingga ibu saya menegur suruh tukar. Untungkan bakal suami? Jimat duit! Hahah!”, selamba dia bergurau sambil tertawa nakal.

Amida menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sangat mengambil berat dan penyayang dengan orang di sekelilingnya. Dan ada masa dia juga boleh berubah menjadi watak yang sangat tegas. “Sejak di bangku sekolah lagi, I’ve been told I’m very motherly and I have a lot of lame jokes! Saya ada satu perangai di mana saya akan cuba sebaik mungkin membuat orang di sekeliling saya terhibur, barulah saya berasa tenang.” Tambahnya lagi.

Puteri muda ini juga banyak mengutip pengalaman hidup melalui kembara ke negaranegara asing. Terlalu banyak negara yang sudah dikunjungi dan setiap negara yang dilawati memberi cebisan nilai-nilai murni mengenai kehidupan. Bondanya sering menggalakkan dia mengembara untuk melihat budaya serta adat orang asing. Dan perkara wajib sebelum memulakan percutian adalah mengkaji negara yang ingin ditujui. “Ibu mendidik saya dan adik untuk membuat sedikit kajian sebelum pergi ke negara yang ingin kami lawati. Jadi di sana saya sudah tidak terlalu kekok dengan budaya masyarakat tempatan. Travel just makes me feel free and happy. Even though I have been to so many countries, I still have many more on my checklist!” YM DATUK TUNKU KAIYISAH TUNKU KAMIL IKRAM aya jadi jatuh cinta dengan personaliti YM Tunku Kaiyisah Tunku Kamil Ikram yang sangat santai. Biarpun aura puteri dapat dirasai tetapi dia bijak membuatkan semua yang ada di sekelilingnya berasa selesa. Sesekali kami akan berderai dengan hilai tawa kerana Kaiyisah orangnya lucu. Mendasari hatinya, dia mengaku yang dia tidak dibesarkan sebagai puteri raja yang

S‘I’ve been told I’m very motherly and I have a lot of lame jokes!’

hidupnya hanya goyang kaki dan setiap hari waktu dihabiskan di pusat membeli-belah kerana sejak usia 15 lagi dia sudah berjinak-jinak dalam perniagaan. Dia juga pernah terbabit dengan jualan baju sukan Harimau Malaya di bazarbazar dan beberapa bisnes lagi. Bezanya kali ini dia membuat bisnes yang benar-benar dekat di hatinya yakni kecantikan. Impiannya kini bukan lagi mimpi buatnya kerana berkat usaha akhirnya Kaiyisah, 33, melahirkan Prettysuci.com, stor dalam talian produk kecantikan dan penjagaan diri pertama di Malaysia. Dan syarat wajib untuk prettysuci.com adalah setiap kandungan terbukti halal. Perniagaan ini dijalankan bersama sepupunya Natasha Ozeir. Hari ini sudah lebih 20 jenama bertapak di bawah naungan prettysuci. com termasuklah dari Taiwan, Korea dan Indonesia. Dan showroom Prettysuci berlokasi di Publika.

Dapat saya lihat betapa bangga dan terharunya dia sewaktu memberi sepatah dua kata bersempena dengan pelancaran Pretty Suci barubaru ini di Shang ri-La, Kuala Lumpur. Ada masa suaranya bergetar sebak mengucap ribuan terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak memberi sokongan kepadanya. Antara ahli keluarga yang hadir memberi sokongan pada hari itu adalah ibu saudaranya, KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. “Sejujurnya sejak kecil lagi, apa-apa yang berkaitan kecantikan saya akan obses! Kalau ke Sephora saya akan rambang mata. Tidak kiralah alat mekap ke, produk muka atau penjagaan kulit, kuku, dan rambut. Semua saya akan beli. InsyaAllah satu hari nanti Prettysuci bukan sahaja menjadi Malaysia’s leading halal beauty portal bahkan saya akan jadikan Prettysuci the next Sephora of Malaysia! ujarnya penuh harapan.

Saya duduk bersembang dengan lebih peribadi bersama empunya diri. Kaiyisah juga seperti wanita lain dia adalah isteri dan ibu kepada dua orang puteranya. Dia menyifatkan suaminya, Wan Putera Shahril sangat memahami dan memberi kebebasan untuk dia mengejar impian sebagai ahli perniagaan yang berjaya. “Syukur Alhamdulillah, suami tidak bising apabila saya sibuk bekerja. Jam lima petang jika saya belum pulang rumah, suami akan mandikan anak-anak, YM Tun Putera Shakeel Abdullah Shah, yang berusia dua tahun setengah dan YM Tun Putera Khyrie Ahmad Shah, sembilan bulan. Saya balik anak-anak dah selesa dan bersih. Terharu saya dibuatnya. Jangan tak tahu, saya juga jaguh di dapur, saya suka memasak sejak belajar di Australia lagi. Sewaktu menyambut Syawal di Australia, saya menelefon pembantu rumah di Malaysia untuk resepi kuah lodeh dan daging dendeng. Sejak itu saya terkenal dengan dua masakan itu di kalangan teman-teman di sana. Jadi antara resipi kebahagiaan rumah tangga haruslah menjaga selera suami!”

Biarpun sibuk dengan urusan perniagaan, Kaiyisah akan pastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang secukupnya. Kerana itu adalah pesan bondanya, YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Hajjah Tengku Aishah Binti Sultan Haji Ahmad Shah sejak kecil lagi. “Pesan ibu, knowledge is the only thing you have if everything falls apart. Jadi anak saya sejak bayi lagi sudah diterapkan dengan program membaca kaedah Glenn Dorman dan buku bersiri Peter & Jane. Setiap hari jika ada waktu saya akan luangkan 45 minit untuk mengajar anak-anak berselang rehat 15 minit setiap sesi. Dari kecil inilah anak-anak akan mudah serap segala ilmu yang diajar. Anak sulung saya, Putera Shakeel saya hantar ke playschool di Treetop House. Saya saja hantar kerana mahu dia ada skil bersosial dan belajar serba sedikit pada usia awal. Saya juga akan pastikan anak-anak akan berkata ‘please’ jika mahu sesuatu dan mengucap ‘thank you’ jika diberi sesuatu kepadanya. Sentiasa bersikap sopan dengan orang tua walaupun dengan pembantu rumah .” Jelasnya bersungguhsungguh.

Sebelum pulang sempat dia berkongsi cerita mengenai aktiviti-aktiviti CSR (Corporate Social Resposibility) yang sudah menjadi rutinnya sejak kecil lagi. Menurut Kaiyisah, keluarganya terikat dengan badan kebajikan BAKASA (Badan Amal Kasih Sayang) dan SASET (Sultan Ahmad Shah Environment Trust). Dia akui ibunya dan datuknya telah menanam sifat suka menderma dalam dirinya. “Lazimnya ibu-ibu dan bapabapa saudara saya akan memberi jadual untuk aktiviti-aktiviti amal kami. Saya sentiasa teruja terbabit dengan aktiviti amal kerana diri berasa amat seronok dapat menolong golongan yang memerlukan. Tak sabar menunggu projek CSR bersama GLAM!”

‘Saya pastikan anak-anak sentiasa bersikap sopan dengan orang tua walaupun dengan pembantu rumah.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.