RETORIK

Pentingnya Sifat Patriotisme Dalam Industri Fesyen

GLAM (Malaysia) - - Ogos - MAHANI AWANG ADALAH PENGARAH URUSAN BAGI SYARIKAT MSP COMMUNICATIONS SDN.BHD. DIA JUGA MENYANDANG JAWATAN PRESIDEN BUMIPUTRA DESIGNERS ASSOCIATION DAN JUGA PRESIDEN WARISTA. SILA E- MEL PENDAPAT PERIBADI ANDA KEPADA SUZIEADNAN@BLUINC.COM.MY

Ketika penghibur patriotik tersohor mendiang Sudirman Haji Arshad membuat persembahan unik di Chow Kit Road 25 tahun lalu, mungkin dia tidak terfikir persembahan lagunya yang bertajuk ‘Warisan’ melonjakkan semangat sayangkan negara. Persembahannya telah menyemai bibit positif terhadap bangsa dan negara dan yang lebih mengharukan adalah apabila pakaiannya diperbuat daripada fabrik bercorak bendera Malaysia; Jalur Gemilang.

Di Malaysia beberapa tokoh dan personaliti sering menjadi tumpuan bila menyentuh perihal patriotisme dalam berpakaian. Tokoh budayawan negara yang juga penggiat busana dan tekstil tradisional, Allahyarhamah Puan Azah Aziz sinonim dengan baju Kurung Johor kerana beliau sentiasa menggayakannnya untuk apa jua majlis yang beliau hadiri.

Kesinambungan legasi budaya tersebut diteruskan oleh anak perempuan beliau, mantan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz. Begitu juga pereka tersohor Datuk Tom Abang Saufi yang bukan sahaja tegar memperjuangkan motif Pua Kumbu ke dalam rekaannya malah dia dan kaum kerabatnya sentiasa menggayakan kain sarung bercorak etnik lain contohnya corak Orang Ulu yang merupakan satu lagi motif kumpulan etnik Sarawak. Just a little note, Pua Kumbu adalah kain kapas yang berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kaum Iban, Sarawak, Malaysia dan ditenun oleh wanita Dayak.

Apakah patriotisme dalam berpakaian runs in the family secara natural atau ia sesuatu yang dipupuk dan dibudayakan secara sengaja? Patriotisme dalam cara berpakaian dipupuk dan diturunkan sejak kecil daripada generasi ke generasi dan ia sesuatu yang dibudayakan oleh sekelompok masyarakat atau kaum kerana keindahan serta kecintaan mereka terhadap busana tersebut sehingga menjadikan ia arus aliran yang membanggakan. Sesetengah masyarakat di Malaysia juga begitu patriotik perihal gaya yang mereka tampilkan. Di Johor misalnya berbaju Melayu buat lelaki dan baju kurung Johor Teluk Belanga bagaikan ‘wajib’ pada majlis-majlis keraian.

Hari ini jiwa patriotik terhadap pakaian tradisional yang mula menunjukkan kemerosotan lebih sedekad lalu kini kembali diminati oleh generasi muda. Sebagai catalyst dan pencetus fenomena tersebut, rekaan Datuk Radzuan Radziwill, Datuk Tom Abang Saufi, Datuk Rizalman, Datuk Seri Bernard Chandran dan Bon Zainal hingga kini terus menjadi buruan. Ekoran itu juga lahir ramai pereka muda seperti Rizman Ruzaini, Fizi Woo, Alia Bastamam, Nurita Harith, Hazree Wahid, Sara J, Rasta dan ramai lagi. Ini petanda baik yang boleh dijadikan indikator arah tuju industri fesyen tempatan. Apakah cukup sekadar menggayakan pakaian traditional kita boleh dianggap patriotik? Secara global, jati diri dan patriotisme dalam industri fesyen perlu ada jika sesuatu negara atau bangsa itu mahu mengetengahkan dan melonjakkan label tempatan mereka. Di Jepun, Indonesia, Thai, India sikap cintakan barangan tempatan telah lama dipupuk. Paris? Dunia sudahpun melabelkan mereka sebagai kota fesyen dan gaya Parisian menjadi kebanggaan malah diterima sebagai mainstream trend yang bukan sahaja bangga digayakan oleh masyarakat Perancis sendiri malah sesiapa sahaja.

Terkini, Rusia juga turut serta dalam ‘Patriotic Race’ ini. Menurut Hatulia Aysadjanashyili, Pengarah Urusan Babochka, sebuah concept store di St. Petersburg yang juga seorang penyokong tegar pereka Rusia, beliau sentiasa menyelitkan jenama tempatan dalam gedung tersebut. Tindakan beliau itu katanya atas dasar keyakinan tinggi beliau akan kekuatan produk Rusia dan tentulah juga kerana ia hasil kerja orang Rusia. Di antara jenama gah antarabangsa terdapat tiga jenama Rusia iaitu Alexander Terekhov, Vika Gazinskaya dan Walk of Shame yang bersaing sengit.

Keluhan yang biasa kita dengar daripada penganjur pertunjukan fesyen dan pegawai-pegawai kerajaan atau agensi kerajaan ialah bagaimana menggabungkan kesemua perekapereka berbakat ini ke dalam satu fasiliti produksi berintegrasi.

Sebagai contoh pengeluar tekstil harus bekerjasama dengan pereka fesyen agar mereka saling dapat memahami keperluan dan membantu ke arah produksi cemerlang. Ini secara langsung membina satu creative partnership yang akhirnya menguntungkan semua pihak, industri dan negara.Realitinya, apabila kita menyentuh tentang patriotisme dalam cara kita bergaya, kita bukan sahaja perlu patriotik di segi luaran atau apa yang kita sarungkan ke badan malah patriotik dalam erti kata yang lebih mendalam. To start with,you may ask yourself, do you have many local designer collections in your wardrobe? Apakah anda memakai pakaian tradisional secara meluas dan bukan terhad pada acara rasmi tertentu sahaja? Jika jawapannya ‘tidak’ dan dua pertiga daripada almari anda dipenuhi dengan jenama- jenama luar dan anda lebih bangga memperagakannya daripada jenama anak tempatan, you may have to look back and do some reality check.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.