GLAM 101

Marc Jacobs Perspektif yang diungguli Marc Jacobs mengubah aliran fesyen Amerika Syarikat dengan memberikan cita rasa fesyen Ugly is Beautiful. Dia juga pereka fesyen yang tahu menggunakan pentas kreatif serta suaranya untuk melontarkan idea mengenai sosi

GLAM (Malaysia) - - Ogos -

1. Selepas 16 tahun bertugas sebagai Pengarah Kreatif Louis Vuitton akhirnya Marc Jacobs membuat keputusan untuk melepaskkan jawatannya itu. Himpunan musim bunga 2014 Louis Vuitton yang dipentaskan di Minggu Fesyen Paris adalah koleksi terakhirnya yang dipertontonkan dalam rekaan serba hitam serta dekorasi daripada pertunjukan yang sebelumnya dicat serba hitam. 2. Marc by Marc Jacobs dilancarkan pada 2001 dengan tanda harga mampu milik namun dek kerana pasaran fesyen yang goyah membuatkan Jacobs mengambil keputusan untuk menutup jenama ini pada 2015 dan estatik Marc by Marc Jacobs akan disatukan di bawah jenama Marc Jacobs.

3. Melihat banyak kedai buku yang ditutup Jacobs mengambil inisiatif untuk membuka kedai bukunya sendiri yang diberi nama Bookmarc pada 2010. Lokasi pertama kedai buku Bookmarc adalah terletak di West Village, New York dan kemudiannya Bookmarc membuka pintunya di Paris, London dan Tokyo. 4. Pada 2007, Marc Jacobs melancarkan wangian Daisy yang direka oleh Alberto Morillas maka tahun wangian popular ini merai ulang tahun ke-10 dengan memilih Kaia Gerber sebagai wajah utama buat kempen

Daisy. Bagi merayakan momen penting ini Marc Jacobs melancarkan botol putih eksklusif sempena 10 tahun wangian Daisy.

MARC JACOBS WANGIAN DAISY OLEH MARC JACOBS ADALAH DIANTARA YANG PALING POPULAR DI DUNIA MARC JACOBS MEMBUKUKAN GAMBARGAMBAR ANJING PELIHARAANNYA PADA TAHUN LALU LOIC PRIGENT MENGHASILKAN DOKUMENTARI BERTAJUK MARC JACOBS AND LOUIS VUITTON PADA 2007 KOLABORASI KREATIF DIANTARA MARC JABOBS DAN MILK BUAT KASUT VANS MARC JACOBS MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL UNTUK MENCARI WAJAH KEMPENNYA PADA 2015 MELALUI HASHTAG #CASTMEMARC HIMPUNAN MUSIM BUNGA 2014 LOUIS VUITTON INI ADALAH YANG TERAKHIR OLEH JACOBS SELAKU PENGARAH KREATIF JENAMA ITU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.