Organik Lebih Selamat?

GLAM (Malaysia) - - Memo Glam - OL EH SUZIE ADNAN

Kita hidup di dalam era di mana semua orang semakin prihatin dengan persekitarannya. Falsafah hidup moden adalah untuk sihat – eat healthy, bersenam dan beli organik. Kita mula ambil tahu secara terperinci apa yang kita hadamkan masuk ke dalam perut setiap hari hinggalah apa yang kita sapu pada muka. Setiap benda harus dihasilkan secara beretika dan masyarakat semakin bijak untuk menilai kandungan sesuatu produk, baik makanan mahu pun barangan kecantikan. Bila bercakap mengenai produk kecantikan dan alat solek, apa bezanya jikalau ianya organik? Adakah ia lebih ‘selamat’? Atau apakah ianya tidak memberi kesan secepat atau sehebat produk yang menggunakan bahan kimia?

Anggapan yang organik itu bermaksud semulajadi atau bebas kimia adalah tidak tepat. Apalagi jikalau anda bertanya dari sisi kecantikan, segalanya bergantung kepada syarikat pembuat. Anda boleh ambil inisiatif sendiri dan memeriksa label serta pergi ke laman sesawangnya untuk lebih memahami. Ada produk yang memiliki hingga 95 peratus kandungan organik di mana kebiasaannya mereka pemilik sijil USDA. Tetapi personalan yang jauh lebih penting, bagaimanakah tahap keberkesanan produk organik?

Dahulu mungkin efek produk yang mengandungi bahan semulajadi mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan. Namun dengan teknologi hari ini, ramai saintis sudah mulai merungkai rahsia alam dan mengenal pasti sumber alam dan teknik terbaik untuk mengecap kesan optimum. Dengan uji kaji dan penyelidikan rapi, dua faktor ini membuatkan kebanyakan produk organik lebih mahal dari produk-produk biasa. Tetapi apakah ‘produk biasa’ tidak sebaik atau tidak seselamat produk organik?

Jangan pula disalah anggap. Perspektif perlu diperbetulkan. Jikalau sesuatu produk itu diluluskan untuk masuk pasaran, itu bermakna ianya selamat untuk digunakan. Tiada sebab untuk produk itu menjadi lebih ‘ bahaya’ daripada sepatutnya. Segalanya bergantung pada diri sendiri.

SYAMPU & PERAPI HUILES D’OLIVIER DARIPADA L’OCCITANE

SET BLANC DIVIN DARIPADA GIVENCHY

MELVITA BOURBON GERANIUM FLORAL WATER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.