FLAWLESS 101

Solekan yang cantik bermula daripada kulit yang sihat dan berseri

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

Dalam sesetengah waktu dan majlis, ' less is more' pada solekan amatlah bertempatan namun ada sebahagian wanita yang tidak begitu selesa untuk keluar dengan solekan yang sederhana kerana masalah wajah yang dialami seperti kulit kering, berminyak, kusam, berjerawat dan sebagainya.

Sudah menjadi lumrah kaum hawa mengidamkan kulit sempurna namun tidak semua dianugerahkan kulit wajah yang didambakan. Dengan itu, solekan dapat membantu menonjolkan lagi ciri- ciri kecantikan wajah tetapi tidak bermakna hanya bergantung pada solekan sahaja. Perkara penting yang harus diberi perhatian bukanlah solekan semata-mata tetapi bagaimana sihat dan berseri kulit seseorang itu.

Tidak dinafikan, keadaan kulit memberi kesan dan berperanan dalam kemasan solekan dan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit wajah, jangan risau GLAM mempunyai tip untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat, anjal, mulus dan cantik kerana masalah kulit boleh dirawat bermula dengan rutin penjagaan muka dan gaya hidup yang sihat.

Nutrisi dan hidrat Kulit yang sihat bermula dengan pemakanan yang baik. Sel kulit mati akan digantikan dengan selsel baharu dan pertumbuhan sel tersebut bergantung pada vitamin, mineral dan penghidratan. Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayursayuran segar. Masukkan juga makanan bijirin, kacang, dan ikan dalam diet pemakanan. Minum air dengan banyak bagi memastikan kulit dan tubuh terhidrasi.

Bersihkan Wajah Mencuci muka dapat menghilangkan segala jenis kotoran. Pastikan anda menggunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit dan fokus pada masalah yang dialami. Kecilkan pori

pori muka Toner yang disapu sesudah mencuci muka dapat mengecilkan liang-liang roma pada muka anda. Jangan ambil mudah dengan penyapuan toner atau mist kerana tanpa itu, poripori muka boleh terbuka dan tersumbat yang membawa kepada jerawat. Kelembapan muka Kulit kering akan menyebabkan penghasilan minyak bagi menggantikan kelembapan kulit oleh itu sapuan moisturizer atau serum penting dalam penjagaan kulit agar ia kekal lembap dan anjal. Exfoliate Seminggu sekali, tanggalkan sel kulit mati dari permukaan kulit dengan pencuci muka yang mempunyai partikel exfoliate agar wajah anda segar dan cerah dengan sel yang baharu.

Masker Manjakan wajah anda dengan memakai topeng muka yang dapat membantu memberi kelembapan dan hidrasi ke dalam kulit sekaligus membuat kulit anjal. Selain membuat kulit kelihatan muda, solekan juga akan menjadi lebih mudah dan cantik.

1. CLE DE PEAU SERUM 2. PHILOSOPHY PEEL MASK9 3. THE HISTORY OF WHOO GONGJINHYANG ESSENTIAL FIRMING MASK 4. SOTHYS SERUM JEUNESSE FOCUS FERMETE 30 ML 5. MELVITA BOURBON GERANIUM FLORAL WATER 4. 5.5

3.

1. 2 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.