ADA APA DENGAN BLACK ROSE

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

Krim penjagaan kulit harian yang sempurna agar wajah kekal anjal dan berseri. Keistimewaan Black Rose Skin Infusion Cream adalah kerana gabungan bahan air dan minyak dari ekstrak bunga yang jarang ditemui iaitu Black Rose.

Diperbuat dengan ekstrak Black Rose yang dapat membantu melembutkan tekstur kulit dengan lembapan serta tampak anjal.

Ekstrak May Rose pula menyuntik seri pada kulit dan Alpine Rose yang kaya dengan antioksidan berupaya memerangi kulit kusam.

Lapisan kulit epidermis dan dermis turut dibantu dengan gabungan formulasi ekstrak alkekengi calyx dan padina untuk mengembalikan ketebalan dan keanjalan kulit.

Krim ini bertekstur ringan dan halus bak air dan meresap dengan pantas manakala kandungan minyak pati Magnolia dan Geranium menebarkan haruman yang menenangkan perasaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.