SINAR UV? WE'VE GOT YOUR COVERED

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

Sinar ultra violet antara penyebab penuaan kulit yang sukar untuk dihindari terutamanya bagi wanita yang aktif dan kerap berada di luar. Jika dibandingkan, sinar inframerah dapat menembusi kulit lebih dalam mencapai sehingga 54% berbanding sinaran UV yang hanya kurang dari 7%.

Bagi mengatasi masalah itu, SK-II menghasilkan Atmosphere Airy Light UV Emulsion SPF30 untuk memberi perlindungan kepada kulit bagi memerangi tanda-tanda penuaan, seperti kedutan, bintik-bintik hitam dan kekeringan, yang disebabkan oleh sinar UV, pencemaran , dan sinar inframerah.

Dirumuskan dengan Atmosphere Therapy Complex O, gabungan Pitera, Optunia iaitu sejenis kaktus mengandungi mineral yang tinggi serta minyak dan Niacinamide untuk melindungi dan memperbaiki masalah kulit.

Teksturnya yang ringan membuat ia mudah meresap tanpa meninggalkan kesan minyak walaupun kandungan SPFnya tinggi. Selain melindungi kulit dari kegelapan serta kemerahan akibat pancaran UV, ia juga dapat mengekalkan kelembapan kulit agar sentiasa segar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.