LITUPAN ASAS TERBAIK

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

Tona kulit memberi impak yang besar dalam kemasan solekan dengan itu Laneige menampilkan primer solekan berbentuk cushion dengan formula baharu membaiki tona dan tekstur kulit agar solekan menjadi mudah dengan kemasan sempurna dan cantik.

Liang pori pada muka dan cela dapat ditutup Skin Veil Base Cushion ini dengan formulasi solekan primer baharu lapan kali lebih berkesan dari Liquid Skin Veil Base yang terdahulu sekaligus menjadikan tona kulit sekata, lembut dan tampak licin sempurna. Sistem kawal minyak membantu menyerap lebihan minyak pada muka menjadikan ia asas solekan yang tahan lama. Bahan lembapan membuat kulit kekal segar dan tidak kering.

Kawalan sapuan bedak yang kemas oleh 3D Fit Cushion menjadikan ia mudah diratakan dan hanya dengan sapuan nipis sudah memadai untuk menutup ketidaksempurnaan kulit wajah. Hadir dengan dua pembetulan warna iaitu Skin Veil Base Cushion No.40 Purple SPF22 PA+++ bagi memperbaiki tona kulit kusam kekuningan dan tidak rata manakala Skin Veil Base Cushion No.60 Light Green SPF22 PA+++ pula dapat menyamarkan kemerahan atau jerawat pada kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.