GLAM EDIT

GLAM (Malaysia) - - Ogos -

Wangian semerbak dari set pewangi eksklusif Louis Vuitton untuk menyambut musim baru yang bakal menjelma. Pastikan langkah mu cukup bergaya menyarung but merah istimewa dwi tona dalam kulit suede dari koleksi Chanel serta blaus floral ilham M Missoni. Jam tangan baru Hermes bernama Heure H mencipta statement berani tatkala rantai tangan Pandora dijadikan perhiasan pelengkap untuk sebuah penampilan yang cukup chic. Emblem sebagai simbol status, tayang gancu Fendi terkini menerusi begnya dan siapa yang akan menolak anting-anting C berkembar daripada Chanel. Kulit wajah rata senada dengan sapuan bedak asas Bobbi Brown yang dilengkapi dengan SPF 50. Palet pembayang mata Naked Heat daripada Urban Decay wajib anda miliki manakala Cat Eye Liner daripada Burberry menjadikan garis wing tip anda on point!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.