BEYOND DREAM

Umpama cerita dongeng Cinderella, wanita mengidamkan tubuhnya dibaluti gaun mewah dan menikmati momen indah. Cuma dengan himpunan adibusana sahaja yang mampu membangkitkan rasa nikmat paling sempurna dalam fesyen.

GLAM (Malaysia) - - Laporan Glam - TEKS A IZAT A IDID

ARMANI PRIVE

Giorgio Armani memperkukuhkan lagi kuasanya dalam penghasilan ceraian jaket yang menjadi DNA utama beliau dalam arena fesyen. Meski meminjam helaian jejaka, jaket di Armani Prive kali ini disimbahi dengan palet lembut seperti biru ais juga ungu cair. Gaya adibusana kali ini lebih menjurus pada penghasilan gaun-gaun malam yang diindahi dengan perincian batu kristal dan jemeki yang seakan menyerupai konfeti. Balutan gaun dalam rona hitam menjuarai palet Armani Prive dan diselitkan bersama merah jambu untuk menyuntik rasa segar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.