CHANEL

GLAM (Malaysia) - - Laporan Glam -

Tiada batas buat Karl Lagerfeld di Chanel. Bukan sahaja dalam penghasilan himpunan malah set pentasnya telah membawa penonton ke alam fantasi yang tersendiri. Kali ini Karl Lagerfeld ‘membawa’ Menara Eiffel ke dalam dewan Grand Palais. Peragawati melewati Menara Eiffel dalam ceraian adibusana musim luruh 2017 Chanel dengan memakai topi. Gaya pertama adalah jaket bentuk loceng yang diperbuat menggunakan tweed mencipta rasa chic tulen Chanel dan esen gaya wanita Perancis yang sebenar. Menara Eiffel adalah simbol kuasa dan kesempurnaan dalam Chanel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.