DIOR

GLAM (Malaysia) - - Laporan Glam -

Bagi mendiang Christian Dior, koleksi yang sempurna adalah apabila setiap ceraian mampu disarung oleh semua wanita seluruh dunia. Kata itu dipinjam oleh Maria Grazia Chiuri buat himpunan adibusana musim luruh Dior. Kembara adalah kunci utama buat setiap ceraian yang dipersembahkan. Siluet kali ini adalah dalam rekaan yang kecil pada bodice dan dimadukan bersama skirt labuh atau seluar potongan longgar. Biasan gaya yang dicedok daripada dekad 40an dan 50-an disimbahi dengan palet kelabu ikonik Dior.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.