SELF-PORTRAIT

GLAM (Malaysia) - - Rencana Glam -

SIAPA: Han Chong bermula sebagai artis seni dan pada masa yang sama dia mula jatuh hati dengan dunia fesyen. Sebelum melancarkan jenama Self-Portrait, dia terlebih dahulu membina label Three Floor. Selepas dua tahun, dia meninggalkan label itu dan memberanikan diri untuk melancarkan jenama sendiri yakni SelfPortrait. Koleksinya pada 2014 mendapat perhatian apabila Selfridges membuka pintu rezeki kepada Han Chong dengan menjual himpunannya.

FAKTOR X: Jennifer Lopez adalah insan penting dalam memperkenalkan jenama ini pada khalayak apabila dia menyarung rekaan Chong. Antaranya ketika Lopez menjadi juri American Idol pada 2014 dan selepas itu penyanyi ini tidak berhenti memilih label Self-Portrait. Selebriti lain yang menghargai rekaannya adalah Jourdan Dunn, Lucy Liu dan Kerry Washington.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.