FARAH KHAN

GLAM (Malaysia) - - Rencana Glam -

SIAPA: Semuanya bermula pada 1972, ketika itu Farah Khan memenangi pertandingan rekaan fesyen di Singapura dengan mempersembahkan gaun yang berinspirasi pakaian tradisional Cheongsam. Sejak dari situ, dia terus gigih dan berlari laju dalam dunia fesyen untuk membina empayar fesyennya dengan menubuhkan The Melium Group yang terus gah setelah 27 tahun di dalam arena fesyen lokal. FAKTOR X:

Pada 2007, Datuk Farah Khan melancarkan jenamanya dengan berpaksikan gaya glamor serta sentuhan artisan Asia dengan busana manik memenuhi setiap rekaan. Misinya adalah untuk menggayakan setiap wanita yang cool dan antara artis antarabangsa yang memilih rekaan Farah Khan adalah Mariah Carey, Selena Gomez dan Paris Hilton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.