Pelembap Unggul Untuk Kulit Segar Kitaran Hidup Kelopak Bunga Calendula

Kiehl's menampilkan Calendula & Aloe soothing Hydration Masque dengan rumusan kelopak bunga calendula yang dipetik tangan, memberi kesegaran dan menghidupkan semula kulit hanya dalam masa lima minit

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik - OLEH SYAZWANI BUSTAMAM GAMBAR K IEHL'S

Sejak 1851, Kiehl’s telah menjelajah dunia untuk mencari bahan-bahan semulajadi yang paling berkesan. Pada tahun 1960an, Kiehl’s kemudiannya memperkenalkan kelopak bunga calendula yang mempunyai kelebihan dalam memberi kesegaran dan kelembutan kepada kulit kering dengan pelancaran Calendula Herbal Extract Toner. Ia terus mendapat tempat di hati pengguna kerana keberkesanannya membuat kulit menjadi lembut dan segar. Kini, ahli kimia Kiehl’s terus memanfaatkan kelebihan calendula itu dengan pelancaran Calendula & Aloe Soothing Hydration Masque. Dirumus khusus untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif, Calendula & Aloe Hydrating Masque memberikan kesegaran dan kesejukan agar kulit kekal hidrat sepantas lima minit selepas sapuan. Sangat cepat dan mudah untuk ditambah dalam regim penjagaan kulit anda.

Penggunaan sebanyak tiga kali seminggu sudah memadai dan lebih menarik ia sesuai disapu pada kulit wajah anda selepas penerbangan yang panjang atau hari yang penuh tekanan di tempat kerja kerana dapat memberi kelembapan dan kesegaran kepada kulit wajah. Tidak dilupakan, minyak essential charmonile dan lemon turut menambah aroma segar kepada masker gel yang bebas pewarna dan paraben ini.

Calendula & Aloe Soothing Hydration Masque diformulasikan dengan kelopak Calendula yang dipetik sendiri setiap bulan Ogos. Untuk memelihara kesegaran bunga dan menjaga setiap kelopak, ia dikeringkan di udara terbuka tanpa pemprosesan tambahan atau haba buatan. Sejurus kelopak-kelopak Calendula tiba di kilang Kiehl’s, ia dicampur bersama Aloe Vera dan mula menukar warna keemasan. Setiap kelopak dan bahagian bunga yang tidak digunakan diletakkan semula ke tempatnya bagi menyuburkan tanah untuk mendapatkan tanaman baru pada musim akan datang. Ekstrak dan kelopak

bunga Calendula diambil dari pelbagai lokasi di seluruh dunia termasuk Mesir dan India. Calendula merupakan sebahagian dari bunga Marigold. Ekstrak dan kelopak calendula dikenali sebagai sumber polysaccharides, saponins dan flavonoids yang terkenal dengan kebaikan anti radang dan menenangkan kulit. Ekstrak Aloe

Vera Digunakan secara meluas selama berabad-abad dalam perubatan herba dan tradisional untuk menenangkan kulit. Gel Aloe berasal dari daun tumbuhan Aloe Vera, yang tumbuh di Republik Dominika. Selain dikenali dengan keberkesanan dalam penyembuhan rawatan kulit, ia juga mempunyai sifat-sifat penghidratan, dan membantu meningkatkan kandungan air dalam kulit.

KIEHL’S TELAH BEKERJASAMA DENGAN PENCINTA ALAM, VANESSA HUDGENS KERANA MINATNYA DENGAN BAHANBAHAN SEMULA JADI DALAM KEBAIKAN DALAM RAWATAN KULIT

KULIT KEKAL SEGAR DAN HIDRAT DENGAN CALENDULA & ALOE SOOTHING HYDRATION MASQUE. EFEKTIF DALAM PENYELESAIAN KULIT KERING, KASAR DAN KUSAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.