RITUAL CANTIK HUILE DE JASMIN

SETIAP WANITA MENDAMBAKAN PRODUK MEWAH TERBAIK BUAT KULIT WAJAHNYA. REALITI INI BISA DIRAIH DENGAN PRODUK PENJAGAAN WAJAH TERBARU HUILE DE JASMIN DARIPADA CHANEL.

GLAM (Malaysia) - - Nota Cantik Glam -

Jika anda fikir menyapu minyak di wajah akan membawa kesan yang tidak baik, fikirkan semula. Masyarakat purba di Mesir mengekalkan kulit mereka dengan hanya menggunakan minyak Moringa. Dan ini adalah rahsia kecantikan warisan yang sentiasa menjadi asas kepada dunia kecantikan. Dan sebelum anda memulakan rejimen asas kecantikan, Chanel tahu bagaimana menjadikannya lebih sempurna.

Menerusi gabungan sains dan kemewahan ekstrak semulajadi yang dimeterai bagi meningkatkan keindahan kulit, maka lahirlah produk penjagaan asas istimewa yakni Huile de Jasmin. Minyak untuk muka yang kaya dengan ekstrak bunga melur ini diformulasikan dengan rumusan asal yang dicipta Gabrielle Coco Chanel pada 1927.

Huile de Jasmin dirumus dengan 13 jenis ekstrak semulajadi yakni Squalene, Dicaprlyl Carbonate, EhtylHexyl Palmate, Camellia Seed Oil, Jojoba Seed Oil, Meadowfoam Seed oil, Canola Oil, Caprylyl Glycol, PEG-20 Glyceryl Trisostearate, Jasmine Flower Extract, Parfum, Tocopherol, Citric Acid yang berupaya menghidupkan semula sensasi kesegaran pada kulit wajah. Fungsinya cukup istimewa. Minyak ini mampu menyuburkan dan memperbaiki kulit lalu menjadikan wajah lebih berseri sebelum mengoles sebarang produk lain pada wajah. Ia juga menberikan kelembapan, mengukuhkan, melindungi serta mengurangkan penampilan kedutan dan garis halus pada wajah.

1

Kulit kelihatan lebih cerah: + 22 peratus. Hari demi hari, ia meningkatkan seri wajah: + 31 peratus selepas satu bulan.

2

Kedutan dan garis berkurangan. Kulit kelihatan licin: + 34 peratus.

3

Kulit terhidrasi dan dilindungi. Kulit cerah secara semula jadi, dengan kemasan satin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.