GARDE-COTES GAYA VINTAJ

GLAM (Malaysia) - - Stail Horologi -

Bell & Ross memberi penghargaan kepada para penyelamat professional yang menjalankan tugas mereka di lautan menerusi jam dari koleksi Garde-Cotes. Mereka adalah penyelam malah juruterbang helikopter dan jam ini memiliki dua instrumen yang direka khas bagi membantu mereka melunaskan tugas yang diberi. Jam Garde-Coste ditampilkan dalam dua model automatik. Di atas bezel jam terdapat tiga petunjuk masa berserta dua kaunter kronograf selain penanda tarikh dan pulsometer.Tiga rangkai warna yakni kelabu, jingga dan putih menyerlahkan gaya kontemporari yang sporty.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.