SLIM D’HERMES L’HEURE IMPATIENTE

GLAM (Malaysia) - - Stail Horologi -

Rangkaian Slim d’Hermes memang sudah sedia dikenali dan memiliki peminat tersendiri. Namun kemunculan jam tangan terbaru dari rangkaian yang sama, menawarkan komplikasi berbeza. Slim d’Hermès L’heure Impatiente digubah mewah lagi tipis namun saiz diameternya yang sebesar 40.5mm membuatkan ianya tampak gah apalagi diperkemaskan dengan emas merah yang gemilang. Uniknya jam tangan ini, anda boleh setkan masa untuknya dan apabila masa yang ditetapkan sampai, jam ini akan mengeluarkan bunyi penanda. Cukup nyaring untuk si pemakai mendengarnya!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.