Himpunan perhiasan mewah di Jewellery Asia

GLAM (Malaysia) - - Berita Jauhari -

Sutra Jewels antara perhiasan mewah yang mengambil bahagian dalam Jewellery Asia iaitu pameran koleksi intan permata dan barang kemas antarabangsa anjuran Malaysia Exhibition. Himpunan mewah lengkap dengan cincin, anting-anting, gelang dan kalung yang cukup menawan pasti menikam jiwa para hadirin yang hadir.

Gemerlapan berlian dan permata disulami potongan unik yang memukau setiap mata memandang bakal memenuhi Jewellery Asia yang akan berlangsung dari 5 sehingga 7 September di Hotel Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Ini merupakan platform bagi para pencinta perhiasan kemas mendekati hasil koleksi jauhari antarabangsa yang terhad di Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.