FANTASI HAUTE

FRANCK MULLER TIDAK PERNAH GENTAR UNTUK MELANGKAUI SEMPADAN DALAM PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS. PASUKAN REKA BENTUK FRANCK MULLER OBSES DENGAN GABUNGAN WARNA, FUNGSI DAN TEKSTUR SEBAGAI MEMENUHI APA YANG WANITA MASA KINI DAMBAKAN.

GLAM (Malaysia) - - Detik Horologi Basel -

VANGUARD™ LADY MOON PHASE

Koleksi Vanguard ™, Vanguard ™ Lady Moon Phase hadir dalam rekaan yang unik. Ia menawarkan ciri-ciri teknikal yang digabungkan dengan gaya asli yang menarik dan elegan. Gambaran inspirasinya dari dimensi Cintrée Curvex ™ yang sempurna, koleksi itu ditekankan dengan butiran glamornya. Dail yang lengkap gambar matahari dihiasi dengan fasa bulan bertatahkan berlian pada angka jam enam. Lekuk elegan case yang bertatahkan berlian melengkapkan fasa bulan, menekankan kehalusan model feminin. Dengan rekaan Vanguard ™ yang masih kekal pada reka bentuk k asal, hasilnya adalah jam tangan yang terletak sempurna pada pergelangan tangan yang melengkung, Lady Vanguard hadir dengan tali getah dan tali kulit ikonik dengan jahitan berwarna. Dikuasakan dengan pergerakan automatik, Lady Vanguard ™ boleh didapati dalam keluli tahan karat dan emas 18 karat.

FLOWER COLLECTION

Orkid merangkumi mitos wanita yang ideal dan merupakan bunga sempurna untuk mengisytiharkan cinta rahsia kepada kekasihnya. Lelaki yang ingin mengekspresikan cinta tulen, mereka cenderung memilih anggrek putih, sementara orkid merah jambu pula menyampaikan erti keghairahan dan orkid merah untuk menyatakan keinginan.

Bagaikan terpukau dengan fantasi dari dunia bunga orkid yang halus, eksotik dan anggun, model ini menjadi lambang simbol cinta, kemewahan dan kekuatan. Reka bentuk baru Long Island ™ dipaparkan menerusi dail baru dengan keanggunan case seni bina dan nombor appliqué. Dail mother-of-pearl berkilauan berwarna merah jambu melengkapkan lagi keharmonian rekaan bunga appliqué pada dail.

Hadir dalam emas 18 karat dan keluli tahan karat, koleksi baru ini boleh didapati dalam sembilan warna orkid yang berbeza untuk anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.