30 Fakta Menarik Mengenai Jam dan Masa

MENGAPA JAM TANGAN MEWAH BEGITU DIIDAMKAN? SELAIN SEBAGAI PENANDA MASA DAN STATUS, JAM TANGAN MEWAH MEMILIKI NILAI YANG TINGGI KERANA MENYIMPAN KISAH YANG TERSENDIRI. KETAHUI BEBERAPA FAKTA MENGENAI JAM TANGAN MEWAH DAN MASA.

GLAM (Malaysia) - - Nota Jam -

1 Hugh Jackman dahulunya setia pada jam tangan Girard-Perregaux Vintage 1945 sehinggalah Montblanc mengambilnya sebagai duta. Hari ini Jackman menggayakan jam Montblanc pada pergelangan tangannya. 2 Richard Mille adalah jenama pertama yang menggunakan material kompleks seperti titanium dan karbon nano untuk membuat jam. 3 Matt Damon memakai jam tangan Tag Heuer dalam filem Bourne Ultimatum. 4 Jam poket Patek Philippe Caliber 89 yang dicipta pada 1989 dilaporkan sebagai jam mekanikal paling rumit pernah dihasilkan. Lima tahun diperlukan untuk membuat penyelidikan dan empat tahun masa diambil untuk proses pembikinan. 5 Perasankah anda semua jam yang dipamerkan di kedai menunjukkan waktu 10.10? Kononnya kedua-dua jarum jam tangan pada jam 10.10 membentuk senyuman atau smiley. Ini salah satu cara subconscious marketing dan cara ini terbukti berjaya menjual lebih banyak jam. 6 Jam Royal Oak daripada Audemars Piguet adalah rekaan Gerald Genta. Genta hanya mengambil masa 24 jam merekanya dan kini jam tersebut menjadi ilham masterpiece. 7 Stanley Kubrick mungkin individu yang pertama memperkenalkan idea jam digital apabila dia mengarahkan Hamilton Watch Companymenghasilkan jam yang memiliki ciri-ciri futuristik untuk filemnya, 2001: A Space Odyssey pada 1968. Walaupun ianya tidak berfungsi namun jam tersebut memberi inspirasi kepada para pembuat jam waktu itu.

8 Breguet pernah menghasilkan jam poket untuk kekasih kepada Marie Antoinette pada 1782. Ia mengambil masa lebih 40 tahun untuk dihasilkan namun sayang sekali empunya jam meninggal dunia sebelum sempat melihat jam tangan yang ditempahnya. 9 Ada laporan mengatakan Casio G-Shock sebagai jam tangan digital paling sukar untuk ‘dimusnahkan’ kerana ia direka untuk tahan trauma dan tahan tekanan. 10 J Jacques Cousteau adalah pe penyelidik laut paling di disegani. Sewaktu dia menghasilkan dokumentari The Silent World pada 1954, Co Cousteau dirakam memakai jam tangan Rolex Submariner lantas menjadikan jam berkenaan jam tangan diver paling terkenal hingga kini. 11 Menurut teori relatif Albert Einstein, lagi tinggi kedudukan kita dari muka bumi, semakin cepat masa berjalan. Lagi dekat kita dengan jantung bumi, maka masa akan berputar perlahan. Pernah masa diukur dari i puncak gunung Everest dan hasil kajian menunjukkan yang masa lebih singkat 15 mikro saat daripada biasa. 12 Jam tangan paling mahal pernah direkodkan berharga USD$55 juta. Ia direka oleh Graff Diamonds menggunakan berlian berwarna seberat 110 karat. 13 Jam Tank Cartier adalah antara yang paling ikonik. Diilhamkan dari kereta kebal tentera, jam ini menjadi teman setia Andy Warhol, Yves Saint Laurent hingga ke Michelle Obama. Puteri Diana menerima hadiah berupa jam Tank daripada bapanya dan kini jam berkenaan menjadi milik anak sulungnya, Putera William. 14 Pemakaian jam sudah menjadi sebahagian dari fesyen lelaki sejak abad ke-17 lagi. King Charles II menjadi individu berpengaruh yang mula mempopularkan gaya jam poket dikalangan kelompok aristrokat dan seterusnya menjadi ikutan orang biasa. 15 Jelas sekali jam tangan mekanikal mendominasi pasaran, tetapi jam tangan automatik sebenar bukti keunggulan seni pembuatan jam. Apabila si pemakai bergerak, maka jam tangan tersebut dengan sendirinya turut ‘bergerak’ dan seterusnya self-wind dengan sendirinya.

16 Sean Connery memakai Rolex Submariner di dalam setiap filem James Bond yang dibintanginya. 17 Tourbillon bermaksud whirlwind dalam bahasa Perancis, berupa rangka berpusing yang tidak berhenti dan ia bergerak hasil kesan graviti. Inovasi dari penciptaan pergerakan ini membuatkan jam tangan lebih bernilai dari biasa. a. 18 Hanya jam tangan Omega pernah sampai ke angkasa lepas! Astronaut NASA, Buzz Aldrin memakai Omega Speedmaster sewaktu menjejaki bulan manakala Neil Armstrong meninggalkan jamnya di dalam pesawatnya sebelum membuat langkah bersejarah di atas bulan. Omega terus menjadi pilihan astronaut sampai ke hari ini. 19 Jam tangan yang memiliki fungsi bunyi deringan dicipta pada 1908 dan hanya dijual pada umum pada 1914. 20 Jika trend fesyen berubah mengikut musim menerusi pementasan Minggu Fesyen, koleksi terbaru jam tangan pula dipamerkan pada konvensyen jam yang terbahagi kepada dua iaitu Salon International de la Haute Horlogerie (SIHH) di Geneva dan Baselworld di Basel. 21 Jenamajenama jam yang menyertai SIHH adalah A. Lange & Sohne, Au Audemars Piguet, Bau Baume & Mercier, Cartie Cartier, Girard-Perregaux, IWC Schaffhausen,Sc JaegerLeCoultre LeCoultre, Montblanc, Panerai, Parmigian Parmigiani, Piaget, Richard Mille Mille, RogerRo Dubuis, ULysse Nardin, Van Cleef & Arpels dan Vacheron Constantine. 22 Sebelum kurun ke-19, masa diukur mengikut penanda cahaya di waktu tengahari. Oleh kerana setiap pekan atau bandar di England memiliki masa berbeza, ramai yang ketinggalan keretapi. Hanya pada 1840, syarikat keretapi memperkenalkan masa standard yang kemudiannya diikuti oleh semua. 23 Daniel Craig sebagai James Bond pula memilihi jam tangan Omega.

24 Sebelum perang dunia pertama, Louis Cartier dari keluarga jauhari ternama Cartier, menemani temannya seorang juruterbang dalam beberapa penerbangan. Louis melihat sendiri bagaimana temannya itu melalui kesukaran mengukur masa apabila pada masa yang sama terpaksa mengemudi kapal terbang. Keadaan ini membuatkan Louis memperkenalkan jam tangan aviator pertama, khusus untuk kemudahan para juruterbang. 25 TAHUKAH ANDA YANG BUMI SEMAKIN PERLAHAN BERPUSING? OLEH ITU, LEAP SECOND DIPERKENALKAN BAGI MEMBERI KETEPATAN PADA JAM YANG SEDIA ADA. INTERNATIONAL EARTH ROTATION SERVICE BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KETEPATAN MASA DAN KALI TERAKHIR SAAT BERTAMBAH ADALAH PADA 31 DISEMBER 2016. 26 Jam poket mungkin menjadi aksesori asas lelaki paling popular dari tahun 1800 hingga 1930an, namun trend ini terus lenyap sebaik perang dunia kedua bermula. Penggunaan jam poket diharamkan dikalangan tentera supaya mereka lebih fokus memegang senjata. 27 Jam tangan moden tidak mungkin wujud jikalau pembuat jam Jerman, tidak mencipta main spring. Apabila spring ini berjaya dicipta, saiz jam dapat dikecilkan lalu terhasillah jam yang boleh dipakai di pergelangan tangan. 28 Kes pecah rumah di Hollywood pada 2009 yang dikenali sebagai Bling Ring telah mendedahkan hobi Orlando Bloom sebagai pengumpul jam tangan mewah. Sebuah koleksi vintajintaj Rolex bernilai RM2 juta a telah dicuri dari kediaman aktor ktor ini. 29 Jenama jam tangan Seiko bertanggungjawab mempopularkan pergerakan quartz sewaktu pelancaran besar-besarannya di arena Olimpik musim panas di Tokyo pada 1964. 30 Asalnya jam yang dipakai di pergelangan tangan dicipta untuk kegunaan wanita. Salah satu jam tangan pertama direka untukk Permaisuri Elizabeth 1 oleh Robert Dudley pada 1571 dana ada juga mengatakan menghasilkan jam tangan wanita pertama untuk Countess Koscowicz dari Hungary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.