APABILA MEKAP DAN FESYEN BERTEMU
Budaya kecantikan Asia yang menjadi asas kepada Laneige berjaya mencipta impak tersendiri, lebihlebih lagi dengan kebangkitan era K-Pop. Terbaru dari jenama Korea ini adalah koleksi kolaborasi bersama pereka ternama, Yoon Choon Ho menerusi inisiatif Laneige Meets Fashion. Koleksi terbaru Laneige tampak lebih menarik dengan bekas solekan yang direka istimewa bercorak herringbone bertemu polka dot yang membias aura retro. Kata pereka berkenaan, ianya cuma interpretasi kepada koleksi musim luruhnya yang berteraskan glamor 80-an. Anda boleh dapatkan rangkaian istimewa ini dengan formula terbaru. Skin Veil Base Dot Cushion lengkap dengan SPF 14, Two Tone Matte Lip Bar yang berpigmen tinggi dan Eyebrow Cushion- Cara yang direka bersesuaian dengan kehendak warna kulit wanita Asia.