GLAM (Malaysia)

PADAH PSIKOLOGI ‘SHARENTING’

-

Dalam satu artikel Daily Mail UK bertajuk The Danger of ‘Sharenting’ (Share Parenting) penulis Sarah Carty membincang­kan lengkap tentang epidemik sosial ini. Fokus utama adalah tentang situasi buli siber di kalangan kanak-kanak. Antara yang paling dominan menurut social media expert, Sarah -Jane Kurtini adalah anakanak yang menjadi bahan jenaka yang disebut sebagai “cruel-jokes”. Ia tidak hanya menjadi bahan bual biasa tetapi menjerumus kepada situasi penghinaan tanpa belas. Tambah Sarah, punca utama “cruel-jokes” ini terjadi kerana keghairaha­n ibu bapa itu sendiri dalam berkongsi gambar serta gaya hidup anak mereka. Di sini peranan ibu bapa amat penting dalam mengawal apa yang perlu atau tidak dikongsi serta kekerapan perkongsia­n dilakukan.

Lebih parah gambar kanak-kanak ini dijadikan ‘meme’ yang sekali lagi bertujuan sebagai bahan jenaka. Gambar mereka disimpan dan digunakan sesuka hati tanpa kebenaran ibu bapa kerana tiadanya sempadan atau kawalan terhadap isu ini. Jadi di sini, ibu bapa sendiri harus bijak mengawal perkongsia­n apa yang patut dan tidak di laman sosial. Berikut empat cara mudah perkongsia­n bijak di media sosial yang boleh diikuti semua ibu bapa menjadi smart parents!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia