Fit For Fashion

GLAM (Malaysia) - - Dis -

Saya dan fitness memang susah nak jadi kawan. Berat badan saya turun naik dalam masa lima tahun ini. Mahu eat clean? I love food too much. Mahu work out? Masa tidak mengizinkan. Mahu diet ikat perut? Saya boleh makan orang jika terlalu lama menahan lapar. Ya, mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Saya akui saya tidak betul-betul fokus dan kurang berdisiplin dalam menjaga makan.

Salah satu inisiatif saya adalah berkunjung ke klinik estetik. Mencuba pelbagai rawatan daripada rawatan Liposonix hingga ke BTL, buatlah apa rawatan sekali pun, kalau tidak jaga badan, memang tak akan menjadi. Teringat kata-kata doktor estetik, “Please don’t waste your time, energy and money doing this treatment, if afterwards you’re going to go back eating like normal!” Aduh, stres jadinya!

Seperti gadis penghias muka depan bulan ini, Farah Ann memiliki tubuh hampir sempurna. Begitu juga dengan Farahana dan Didie pada halaman dalam. They are slim but toned. Their positif energy is contagious. Saya rasa itu sepatutnya menjadi sasaran setiap wanita. Kurus sahaja tidak mencukupi.

Countdown untuk malam gala Most GLAM ada tinggal lebih kurang sebulan. Masih ada masa untuk saya ‘ jaga badan’. Susah-susah designer buat gaun, sedihlah kalau tak muat! Okay, diet starts now. Better late than never? Wish me luck!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.